Template by:
Free Blog Templates

21 March 2013

Musabaqah

Umat islam diingatkan pentingnya perpaduan ummah sebagai benteng ketahanan negara.

Islam menggalakkan perpaduan bagi menghalang musuh-musuh melakukan pencerbohan keatas negara ini.




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis tilawah Al-Quran peringkat kanak-kanak sekitar Ijok, malam hari ini.

Seramai lapan orang murid iaitu empat lelaki dan empat perempuan dibawah umur 12 tahun di sekitar kampung Mesjid  mengambil bahagian.

Beliau menegaskan, Malaysia menjadi negara contoh di dunia, walaupun. Islam agama resmi, tetapi kebebasan beragama dan budaya tetap diberikan kepada kaum lain.

Beliau menambah kefahaman politik yang berbeza tidak bermakna rakyat juga digalakan berpecah.









Sebaliknya, beliau mengajak seluruh rakyat tidak kira bangsa dan keturunan menolak apa jua bentuk budaya yang boleh mendorong kepada perpecahan perpaduan.

Beliau mengingatkan budaya luar tidak sama dengan cara hidup masyarakat di Malaysia.

0 comments: