Template by:
Free Blog Templates

30 March 2013

Kenduri


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar hari ini meluangkan masa menghadiri majis-majlis kenduri kahwin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau.

Beliau menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudara perempuan Ketua Wanita UMNO cawangan Simpang Tiga Gudang, Halijah binti Bahari, Nor Asmah binti Aziz yang memilih calon suaminya, Amirul Safarin bin Mokhtar.

Di Kampung Sungai Ara pula terdapat dua majlis kenduri kahwin iaitu Nor Aizah binti Haji Ali Musa yang melangsungkan perkahwinannya dengan Noriman bin Mohd Kamal.

Pasangan yang satu lagi ialah Nor Harzan bin Zainurdin dengan Sarina binti Mat Sapar.

Beliau juga menghadiri majlis kenduri kahwin anak bekas Iman Mesjid Ijok, Salmiza binti Mohd Shaari dengan Bistaman bin Mohamed di Kampung Jerai Betina, Ijok.


 







Beliau juga menghadiri dua majlis kenduri kahwin di Felda, Ijok iaitu Nurul Iktifaqiah binti Husein dengan Mohd Rozaidi bin Zakaria di peringkat 6, manakala satu lagi majlis ialah anak lelaki bekas Ketua Pemuda UMNO cawangan Felda, Ijok, Hafizal bin Zubir dengan pasangannya Ika binti Yahya.

Sementara itu, beliau turut menziarahi jenazah warga emas di Kampung Bagan Bahru, Allahyarham Abdul Razak bin Zakaria, 88 tahun.

Beliau mendoakan semoga rohnya diletakan di sisi orang-orang yang solleh.

0 comments: