Template by:
Free Blog Templates

10 March 2013

Tomoi


Masyarakat di seru agar terlibat secara serious dalam mengembangkan Seni Budaya kerana ia boleh mengratkan silaturahim dan perpaduan.

Di Malaysia ini banyak seni budaya mengikut suku sakat yang ada dan jika dikembangkan ia boleh dikongsi bersama.

Jika ada perbezaaan kefahaman dan politik, tetapi bila diadakan persembahan atau pertandingan sesuatu seni dan budaya itu ia boleh mencetus semangat untuk bermufakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan Tomoi di Gelanggang Dewan Terbuka Kampung Mesjid, Ijok, pagi tadi.

Seramai 30 orang peserta mengambil bahagian dalam pertandingan yang julunung kali dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah.

Katanya, Seni mempertahankan diri bukanlah untuk mendorong mana-mana individu menunjukan kehandalan mereka semata-mata, tetapi boleh membantu meningkatkan displin.





















Beliau berharap, melalui pertandingan tersebut ia dapat meningkatkan lagi kemahiran dan mencugkil lebih ramai bakat baru bagi diketengahkan.

Negara memerlukan lebih ramai lagi atlit dan ahli sukan yang berkualiti bagi mewakili Negara di kejohanan antarabangsa.

Seni mempertahankan diri, seperti silat adalah diantara acara yang telah dipertandingkan di sukan  Sea dan Asia dan ia ternyata menarik ramai peminat.

0 comments: