Template by:
Free Blog Templates

30 March 2013

BL1M

-->
Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zaiuddin bin Raja Haji Omar menegaskan bahawa beliau akan terus bersuara mendapatkan perhatian Kerajaan Pusat dan Negeri bagi membagun dan memajukan kawasan dalam Parlimen Larut.




Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata, Selain menumpukan perhatian bagi memajukan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, beliau juga bertanggungjawab keatas pembangunan di dua lagi DUN iaitu Selama dan Batu Kurau.

Begitupun, beliau berkata semuanya itu akan menjadi realiti jika rakyat di Parlimen Larut bersatu menyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu di pusat  pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Negeri yang diterajui oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata demikian ketika berucap merasmikan kursus Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut di Batu Kurau, hari ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Mohd Annuar Ariffin yang juga ketua Pergerakan pemuda UMNO Bahagian Larut diantara  yang hadir di kursus yang meliatkan lebih 300 orang remaja, lelaki dan perempuan.







 








Selain menaik taraf kemudahan perhubungan dan projek membangunkan semula pekan kecil Ijok, kemudahan sukan seperti pembinaan mini Stadium dengan kos RM 1 juta di Felda, Ijok dan padang tiruan bernilai RM 1.5 juta juga akan dilaksanakan di Kubu Gajah.

Beliau menyeru rakyat di Parlimen Larut agar membuat keputusan yang bijak pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang bagi menentukan Kerajaan yang mereka pilih itu kuat dan menjamin masa depan Negara.

Rakyat diseru agar berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan fitnah yang dilemparkan oleh Pembangkang menjelang PRU ke 13 ini.

0 comments: