Mesyuarat perhubungan UMNO Perak yang dihadiri ketua-ketua bahagian 
lebih berpusat kepada persiapan pilhanraya umum (PRU) ke 13 tidak lama 
lagi.
Mesyuarat tertutup yang dipengerusikan menteri besar, Datuk Seri Dr 
Zambry Abdul Kadir selaku ketua perhubungan membincangkan persiapan 
jentera pilihanraya semua peringkat.
Beberapa orang ketua bahagian yang menjawat jawatan menteri kabinet dan ahli majlis tertinggi (MT) turut hadir.
Pada PRU ke 12, UMNO meletakan 34 calon di peringkat dewan undangan negeri (DUN) di Perak dan menang 27 kerusi.
UMNO Larut, satu-satunya bahagian di Perak, menang kesemua empat kerusi 
iaitu parlimen dan tiga DUN, Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau, selain 
parlimen.
Naib presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah diantara ahli 
parlimen UMNO yang dilantik menteri kabinet manakala dua lagi Datuk Seri
 Ahmad Husni Hanadzlah (Tambun) dan Datuk Seri Nazri Aziz (Padang 
Rengas).
15 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 





 








 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



0 comments:
Post a Comment