Template by:
Free Blog Templates

29 March 2013

PRU


Ahli-Ahli UMNO dalam bahagian Larut diseru agar tidak gusar dan bimbang dengan dakyah yang disebarkan oleh Pembangkang mengenai UMNO Bahagian tersebut menjelang Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.




Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar percaya, Pembangkang semakin kuatir dengan kekuatan UMNO Bahagian berkenaan menjelang PRU.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada jentera Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ulu Selama di Bukit Bertam, hari ini.

UMNO Bahagian Larut tidak menghadapi krisis, sebaliknya semakin mantap dengan perpaduan dan kerjasama yang ditunjukan oleh ahli-ahli di semua peringkat.

Beliau bagaimanapun, menginatkan ahli-ahli tentang pentignya mereka meningkatkan perpaduan yang ada kerana itu sahajalah kekuatan bagi melemahkan Pembangkang.

Pembangkang akan menjadi lemah jika UMNO sentiasa kuat dan teguh di belakang pucuk kepimpinan.

Pembangkang akan mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh jika ahli-ahli UMNO berpecah belah.









PDM Ulu Selama adalah diantara 46 PDM BN dalam Parlimen Larut.

Ketua UMNO awangan kampung Tua, Haji Saimi Awang Teh, ketua UMNO cawangan Bukit Bertam, Hafis Bin Mansor, ketua UMNO  cawangan Batu 6, Sayuti Husein, ketua UMNO Batu 7, Abdul Kalam Abdul Zziz dan ketua kampung Bukit Bertam adalah diantara 300 ahli yang hadir.

0 comments: