Template by:
Free Blog Templates

13 March 2013

Utusan



Sebanyak 25 buah sekolah Menengah dan rendah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah akan menerima sumbangan percuma akhbar Utusan.

 




Sebanyak 10 buah sekolah agama rakyat, dua buah sekolah jenis kebangsaan tamil dan sebuah sekolah kebangsaan cina akan terlibat dalam program tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar menyampaikan mok cek sumbangan tersebut berjumlah RM 4,000 di Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang, dekat Kubu Gajah, tengahari tadi.
















Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang, Fathilah Abdullah, Wakil Utusan Biro Ipoh, Ahmad Syakir, Guru dan Murid hadir menyaksikan majlis ringkas yang diadakan dalam kelas tahunan enam sekolah berkenaan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berharap sumbangan akhbar itu akan membantu meningkatkan lagi ilmu pengetahuan pelajar sekolah terutama di kawasan luarbandar serta mengetahui keadaan isu semasa di dalam dan juga luar Negara.

0 comments: