Template by:
Free Blog Templates

10 March 2013

Belia





Kerajaan telah memperuntukan rm 50,000 bagi menai taraf dewan masyarakat kampung tersusun Kubu Gajah.

 






Demikian ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan jamuan makan  majlis belia daerah, malam tadi.

Beliau berkata dengan pembesaran bangunan dewan tersebut ia akan dapat menampung lebih ramai bilangan mereka yang hadir berbanding pada masa ini.

Beliau memberitahu lebih 200 tetamu yang hadir, dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah semakin membangun termasuk projek perhubungan dan perladangan.

Sebuah kampus universiti juga dirancangkan bagi meningkatkan pembangunan tanah dan ekonomi di tapak yang telah dikenaipasti.

Beliau menegaskan pertubuhan belia ditubuhkan bukan semata-mata untuk berkumpul dan mengadakan aktiviti ala kadar, sebaliknya bagi melatih kepimpinan masa depan.










Beliau yang pernah menjami timbalan setiausaha agung gerakan 4b Malaysia, memberi contoh ramai tokoh pimpinan negara lahir dari pertubuhan belia.

Pengerusi majlis belia, Zaidi Dollah memberitahu majlis itu merupakan yang terakhir bagi beliau kerana tempoh perkhidmatannya memegang jawatan tamat hujung bulan.

0 comments: