Template by:
Free Blog Templates

14 March 2013

Sekolah



Pilihanraya umum (PRU) diadakan bukan untuk menimbulkan kekacauan, tetapi proses bersuara memilih kerajaan.

Undang-undang dibuat oleh rakyat melalui proses demokrasi dan mandat PRU.

 

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian kita berucap merasmikan mesyuarat agung persatuan ibubapa dan guru (PIBG) sekolah kebangsaan Jelai, petang tadi.

Turut hadir guru besar sekolah kebangsaan Jelai, Rohaya Osman dan yang dipertua PIBG, Zamri Yakin serta sekitar 200 orang ibubapa dan guru.

Beliau menegaskan rakyat harus berfikiran terbuka tanpa dipengaruhi sesiapa dalam membuat pemilhan kerajaan yang akan mewakili mereka.











Katanya rakyat harus bersatu dan meletakan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan keselamatan menjaga keamanan negara.

Mengenai PIBG, beliau menyeru  agar jawatankuasa yang dipilih janganlah ibarat bagai hidup segan mati tak mahu.

0 comments: