Template by:
Free Blog Templates

31 March 2013

Kugiran



Anak-anak muda perlu diberikan kesempatan megasah bakat mereka dalam dunia hiburan.

Industri hiburan kini berkembang dengan pesat, tetapi memerlukan mereka yang benar-benar serius dan komitted.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika merasmikan pertandingan juara-juara kugiran peringkat parlimen Larut, hari ini.

Turut hadir pegawai KEMAS daerah, Faridah Sailan, pegawai perpaduan daerah, Mohd Radzi, penyelia kanan KEMAS parlimen Larut, Nordin Abu Hasan dan pengerusi jawatankuasa pertandingan, Abdul Karim Haji Ismail.

Beliau berkata industri muzik di negara wajar bersaing jika mereka mahu maju ke hadapan.











Industri ini juga memerlukan sokongan semua pihak bagi membantu kejayaannya.

Northen band dari ladang Hollyrood dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah, muncul juara pertama dan memenanggi hadiah wangtunai rm 500.

Tempat kedua dimenangi band dari Bukit Mertajam dan ketiga band dari Sungai Ara juga dalam DUN Kubu Gajah.

0 comments: