Template by:
Free Blog Templates

17 March 2013

Pentaque


Kejohanan pentaque merebut piala pusingan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar terbuka Perak akan dianjurkan pertengahan tahun ini.








Hadiah wangtunai juga akan ditawarkan kepada pemenang dan kejohanan itu akan jadikan acara tahunan.

Demikian dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan pertandingan petanque anjuran kelab Petanque Kubu Gajah, pagi tadi.

Pengerusi Kelab Petanque Kubu Gajah, Abdul Karim Haji Ismail turut hadir di pertandingan yang melibatkan 111 peserta termsuk dari Kedah yang berlangsung di padang Majlis Daerah Selama (MDS) Kubu Gajah.

Beliau telah mengarahkan kelab berkenaan menubuhkan jawatankuasa bagi membuat persiapan mengadakan kejohanan tersebut.

Beliau berharap dengan terdaftarnya kelab petanque Kubu Gajah ia akan memudahkan lagi mereka menjalankan aktiviti.










Katanya, Beliau juga telah menubuhkan Majlis Sukan 1 Malaysia (MS1M) peringkat Parlimen Larut bagi menyelaras kegiatan kelab sukan di kawasan tersebut.

Beliau menegaskan melalui pertandingan sukan ia juga boleh memupuk semangat sukan antara kaum dan berharap budaya itu dapat dikekalkan.

0 comments: