Template by:
Free Blog Templates

21 March 2013

Jalan


Kerajaan memperuntukan kira-kira rm300,000 bagi melaksanakan projek-projek kecil di kawasan dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah awal tahun ini.

Ia termasuk sebanyak 15 projek jalan menaik taraf jalan kampung.

 



Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat jalan kampung Sangkut dekat Ijok, hari ini.

Sebanyak rm 15,000 telah diluluskan bagi menaik taraf jalan Sepanang 15 rantai di situ.

Jalan itu dapat memberi kemudahan kepada kira-kira 20 buah rumah yang kebanyakan terletak di sepanjang sungai Ijok.




Sebanyak rm 200,000 juga telah diluluskan bagi pembinaan 10 projek jalan kampung di sekitar DUN Kubu Gajah.

Turut hadir dalam lawatan tersebut, ketua kampung Sangkut, Haji Zan Kassim.

0 comments: