Template by:
Free Blog Templates

9 March 2013

Futsal


Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar menyeru orang ramai tampil bagi sama-sama menjaga kemudahan sukan di tempat mereka.

 



Beliau bimbang jika masih berlaku kes merosakkan kemudahan sukan ia akan menjejas projek di masa akan datang.

Kerajaan membina dewan serbaguna untuk kemudahan penduduk bermain badminton dan aktiviti dalaman yang lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan futsal wanita merebut piala pusingan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar di kampung masjid, Ijok, pagi tadi.

Katanya bagi menggelakan kemudahan awam menjadi sasaran kerosakan, aktiviti sukan perlu dianjurkan setiap masa.

Melalui pertandingan ia boleh membantu mencungkil bakat-bakat baru bagi diketengahkan.

Katanya, futsal wanita itu yang dianjurkan pusat khidmat Adun Kubu Gajah buat pertama kali akan menjadi acara tahunan.


















Team kampung Haji Mat Ashik muncul juara dengan memenanggi sebuah piala pusingan, wang tunai rm 500 dan medal manakala naib juara pasukan dari Taiping rm 400 dan pemenang ketiga Defutsal b, Pantai Besar.

Sebanyak 12 team mengambil bahagian termasuk dari Ulu Mengkuang, Ulu Selama.

Pegawai RELA daerah,Major Yakub Desa dan pegawai belia dan sukan Selama, Nasaruddin turut hadir.

0 comments: