Template by:
Free Blog Templates

30 March 2013

Bola jaring


Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, hari ini menyatakan kesediaan beliau memberikan sokongan dan kerjasama kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah dalam memajukan sukan tempatan.

Sejak dahulu lagi beliau begitu komitted dalam menjayakan program sukan, terutama yang melibatkan belia di kawasan luarbandar.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmi dan menutup serta menyampaikan hadiah pertandingan Bola Jaring Wanita peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peringkat Parlimen Larut di Bagan Bahru, dekat Ijok.

Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Derah Kecil Selama, Nasaruddin Mawi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan.

Katanya, selepas meninggalkan arena bola sepak, beliau kini secara peribadi menumpukan usaha memajukan sukan lasak iaitu perlumbaan 4X4 di Felda, Ijok.

Beliau berharap melalui penganjuran sukan di peringkat mukim dan daerah, ramai lagi bakat baru di kalangan atlit dan ahli sukan dapat diketengahkan untuk keperluaan Negara.














Sukan juga boleh mencetuskan budaya berpakat, kerjasama dan perpaduan kaum.

Pasukan Felda, Ijok muncul juara manakala naib Juara pasukan Bagan Bahru, ketiga pasukan Kampung Mesjid.

Sebanyak 15 buah pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan yang julung dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah.

0 comments: