Template by:
Free Blog Templates

18 March 2013

PIBG


Ibubapa dan Guru dinasihat agar tidak membawa soal politik ke dalam aktiviti Sekolah kerana ia boleh menjejaskan keharmonian silaturahim yang wujud.








Sekolah adalah gedung bagi menimba dan mendalami ilmu dan bukan gelanggang untuk berpolitik.

Perkara ini dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekola Kebangsaan Sultan Idris kedua FELDA, Ijok, hari ini.

Dalam usaha meningkatkan pendidikan, kefahaman dan perbezaan politik perlu diasingkan.

Perpaduan dalam Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) penitng bagi mempastikan segala program yang dirancangkan berjalan dengan lincin dan mencapai sasaran.









Negara memerlukan rakyat yang maju dalam pendidikan jika mereka mahukan kemajuan.

Beliau juga menyeru agar rakyat tidak berpecah belah hinggakan musuh-musuh mengambil kesempatan untuk menceroboh sebagaimana yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.

0 comments: