Template by:
Free Blog Templates

17 February 2013

KR1M


Kedai Rakyat1 Malaysia (KR1M) milik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau akan menjadi model kepada mana-mana permohonan baru daripada PPK yang lain di Negara ini.







Ini adalah kerana KR1M PPK Batu Kurau merupakan PPK yang pertama di Malaysia mendapat kelulusan memulakan pembukaannya.

Demikian dinyatakan Pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan pembukaan KR1M PPK Batu Kurau, tengahari tadi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Kapt (B) Najuddin Elias, Pengurus Projek NKEA, Muhamed Ridhwan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), Pengarah KPDNKK Cawangan Perak, Mohd Helmi bin Mohd Noor dan Pengurus Besar PPK Batu Kurau, Haji Sabri Zainol di perkarangan bangunan PPK.

Pembukaan KR1M PPK Batu Kurau memberi peluang kepada pengguna di sekitar Batu Kurau dan kawasan yang berdekatan untuk membuat pilihan, selain mendapat jaminan produk yang berkualiti.

Beliau yang juga ADUN Kubu Gajah tidak menafikan saingan yang terpaksa dihadapi KR1M PPK Batu Kurau, tetapi sejak ia mula dibuka pada 19 Disember lalu, baru berusia sebulan lebih jualannya purata sehari diantara RM 6,000 ke RM 7,000.

PPK Batu Kurau telah membelanjakan hampir setengah juta ringgit sebagai modal bagi pembukaan kedai tersebut dan merupakan yang pertama dalam kawasan Parlimen Larut.

Selain keuntungan tambahan yang dijangka diperolehi daripada KR1M itu, PPK juga pada masa ini mendapat keuntungan hasil jualan di Stesyen Minyak yang diusahakannya di Pekan Batu Kurau.





















Pada masa ini, purata jualan minyak setahun RM 12.5 juta atau sebanyak RM 1 juta setiap bulan.

PPK Batu Kurau juga pada masa ini memiiki simpanan lebih RM 1 juta dan berhasrat menceburi dalam beberapa lagi bidang perniagaan selain perladangan.

Beliau menyeru 22 Ketua Unit Peladang dibawah naungan PPK Batu Kurau agar menjalankan kempen menarik lebih ramai remaja menyertai pertubuhan tersebut.

0 comments: