Template by:
Free Blog Templates

6 October 2010

Kemas















Walupun hujan turun dengan lebat, majlis jamuan Hariraya Aidilfitri Kemas tetap berjalan lancar dan dihadiri ramai tetamu di perkarangan Dewan Orangramai Sungai Malau dalam.

Saya turut hadir di majlis yang diadakan pertama kali di luar daripada pejabat Kemas Parlimen Larut di Sungai Terap, Selama.

Ketika berucap di majlis itu, Saya amat mengharagai peranan Kemas dalam memberikan bimbingan dan khditmat masyarakat.

Saya berharap kerjasama rapat Kemas dan masyarakat setempat dapat diteruskan bagi memudahkan lagi usaha memupuk perpaduan.

Jamuan itu diadakan dengan kerjasama JKKK Sungai Malau. Turut hadir ialah Ketua Kampung, Haji Abdul Hamid, Pegawai Kemas Daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan dan Penyelia Kemas Parlimen Larut, Noordin Abu Hassan yang juga Ketua UMNO Cawangan Sungai Malau.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Terima kasih kerana mengadakan perjumpaan di Sungai Malau Dalam.

Lagi satu nanti mungkin YMDS adakan di Sungai Malau Luar misalannya di rumah Encik Arbain bekas ketua kebun SK Kubu Gajah.

Saya tak nampak ada bendera barisan atau UMNO dalam kawasan ini semasa PRU12.

Untuk pilihan raya yang akan datang saya mahu lihat banyak bendera barisan di jalan2 masuk ke Sungai Malau Dalam.

Mereka banyak juga mendapat kemudahan kerajaan tapi mereka masih suka mengundi PAS kerana ramai tak suka pemimpin UMNO (tapi mereka bukan tak suka parti UMNO).

Kalau tak ada bendera kita takut mereka masuk UMNO tapi undi mereka anggap tetap rahsia.

Terima kasih banyak2 kerana YMDS melawat tempat mereka yang masih duduk atas pagar.

Anonymous said...

YMDS,

Saya ingin betulkan kesilapan saya bahawa Encik Arbain adalah bekas tukang kebun SK Cangkat Lobak bukannya SK Kubu Gajah (Tak ada SK Kubu Gajah).

Haraf maaf.