Template by:
Free Blog Templates

31 October 2010

Bengkel













Hujan turun agak lebat, namun program Saya melawat bengkel Wanita batu 20 tetap diteruskan. Saya begitu berbangga dengan usaha gigih Wanita di situ dalam menjalan aktiviti bagi meningkatkan kemahiran mereka.

Dalam tinjuan yang dibuat, mendapati diantara latihan yang diadakan termasuk jahitan, mendandan pengantin, rawatan muka dan menghasilkan produk berasaskan bahan tidak terpakai seperti straw untuk gubahan bunga.

Bengkel pimpinan Puan Zainab Yakub itu sering menjadi tumpuan ramai terutama termasuk dari luar Negeri Perak yang mengadakan lawatan ke situ.

Ketua Kampung batu 20, Haji Mat Isa juga gembira diatas kegigihan wanita di kampungnya melengkapkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kemahiran mereka pada ketika waktu lapang.

Saya juga akan membantu bengkel tersebut bagi meningkatkan lagi aktiviti mereka terutama dalam menarik lebih ramai remaja menyertainya.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS.

Kita mesti galakkan ketua kampung juga mengadakan projeknya sendiri supaya menjadi role model untuk masyarakat detempat.

Orang kita ni kalau ada orang lain buat projek yang berjaya barulah mereka mahu ikut sama.

Misalnya dulu tak ada orang bela ikan keli. Tapi bila mereka lihat seorang penternak telah berjaya maka ramailah pula pengikutnya.

Saya syorkan ketua kampung memulakan projek koperasi. Kalau semua orang kampung turun padang saya rasa ketua kampung tersebut adalah ketua kampung yang berjaya.

Sebagai contoh koperasi menanam pokok geharu yang terbaik sekali di kaki bukit gunung bintang.

Koperasi membela burung walit di tepi paya.

Koperasi membela ikan kelisa di kawasan yang ada mengalir air jernih.

Dan banyak lagi kerja yang berfaedah yang boleh di pengurusi oleh ketua kampung selain daripada asyik menjadi protokol sahaja. Nubgkin mereka dapat nama tapi tak dapat duit banyak. Kalau gaharu, seinci sudah dapat $800 ringgit jika kita tanam jenis nombor satu (bukan nombor empat seperti di Kelantan/Terengganu).

Yang penting YMDS bantu mereka supaya mendapat benih yang terbaik.

Kalau ikan kelisa misalanya jumpa saja Hj. Talib di Bukit Torak (semua orang tahu orang kaya ni).

Kalau kita asyik 100% berpolitik kalau pencen nanti nak makan apa?

Sekian nasihat saya.