Template by:
Free Blog Templates

28 October 2010

Tindakan

Masalah banjir, hakisan, rumah PPRT dan bantuan kebajikan adalah diantara isu perbincangan di mesyuarat tindakan daerah larut, Matang dan Selama, pagi tadi.

Terdahulu, taklimat menaik taraf pekan Ijok, Batu Kurau dan Trong turut disampaikan oleh ketua eksekutif perbadanan kemajuan negeri Perak, Datuk Shamsuddin.

Mesyuarat dipengerusikan oleh pegawai daerah, Datuk Mahmud Murshidi diadakan di bilik gerakan pejabat daerah, Taiping.

Saya juga meminta dikenalpasti tapak untuk pembukaan kampus universiti di tapak pusat vetirina nasional di ladang Sungai Segar.

Isu-isu lain turut saya bangkitkan ialah masalah ancaman banjir rumah0rumah yang berdekatan dengan sungai Ijok.

Kes penarikan balik bantuan JKM juga dibangkitkan, selain kelewatan perlaksanaan projek-projek kecil.

Pada sebelah petang pula, saya menghadiri mesyuarat tanah daerah Larut Matang dan Selama.

Diantara pekara yang dibincangkan ialah mempercepatkan pengeluaran hakmilik.

0 comments: