Template by:
Free Blog Templates

13 October 2010

Jambatan







Meninjau pembinaan sebuah Jambatan yang menghubunggi Jalan Kampung Teras ke Ulu Mengkuang yang agak lewat jadual pembinaanya.

Seandainya jambatan itu siap, jalan Kampung Teras ke Ulu Mengkuang di sebelah Ulu Selama dapat digunakan sepenuhnya dan ini akan membuka satu lagi lambaran baru kepada penduduk-penduduk kedua-dua buah tempat terutamanya dari sudut pembangunan tanah.

Jalan itu juga diharap dapat membantu mengatasi masalah banjir yang sering melanda Kampung Mesjid dan Teras.

2 comments:

fan said...

tahniah dato atas keperihatinan menjaga kawasan..tapi jgn dilupakan pembangkang..mereka begitu giat dan bersemangat nak merampas perak semula..tingkatkan usaha, penerangan, perang saraf, untuk menaikkan BN sama..jgn smpi pisang berbuah 2 kali dato..

Anonymous said...

YMDS,

Saya pun takut YMDS kalah dalam pilihan raya yang akan datang jika YMDS tumpukan lawatan kepada mereka yang sudah dalam tangan.

Markas PAS di tempat saya selalu saja malam Jumaat beritikarah.

Tapi bila saya selalu balik dari Serdang dan Taiping pada waktu malam tak ada satu pun pusat UMNO yang beristikarah. Sekurang2nya JK bemesyurat apa nak buat dan pantau hingga matlamat tercapai.


Penilaian jambatan akan di pantau PWD. Jangan susah hati.

Yang penting apa nak buat antara Pusat Latihan Negara dengan Ulu Mengkuang. Dulu lori kayu balak dah mula bina jalan itu tapi kerajaan tak tahu nak buat apa dipersekitarannya. Tapi Encik Tanming (Ulu Mengkuan) yang mangkin bertambah kaya. Habis dia curi/tebang pokok getah saya dan jual di air jernih. Kalau kita beritahu tentang hal ini, mereka pula yang marah kepada kita. Macam mana Melayu nak bersatu.

Yang penting bukan kita asyik merancang pembangunan tapi laksanakan pembangunan yang sudah dirancang yang lebih penting. Kita mahu action/tindakan. Tak bolehkah pengurusi PAC yang baik dengan MB dan PM kita berbuat sesuatu antara Pusat Latihan Khidmat Nebara dengan Ulu Mengkuang (Bandar Baru Madinah, misalannya. Saya pernah bermastutin di Jalan Madinah di England)), Pondok Tanjong (kilang buat baja humus, misalanya kerana saya perlu 12 guni seekar untuk tanah saya) dan Tanah lembah antara sungai Krian dengan jalan Selama-Bagan Serai (tempat ternakan air tawar nisalanya)dan seterusnays di kaki gunung bintang (tempat pelancong misalannya).

Sebelum YB ADUN Selama menjadi wakil rakyat beliau asyik tengok tanah terbiar. Tapi kenapa sekarang ni beliau tak mahu lagi tengok tanah terbiar?

Kalau kita asyik merancang saya pandai merancang (saya pun tahu) tapi tindakan saya tak boleh buat.

Kita sudah rancang macam2. Tapi belum dilaksanakan. Kalau kita tanya kenapa tidak sudah tentu jawapannya nanti, "kita dalam proses mengambil tanah dan mengukur tanah". Kalau kita pilih pengukur tanah tak profesional jadilah keadaannya begitu

Kalau tak percaya cuba tanya jalan susur keluar di Matang Pasir yang akan menguntungkan Kubu Gajah, Selama dan Ijok secara tak langsung. Pilihan raya hampir tiba jalan susur keluar dari lebuh raya belum siap dibina lagi.

Jangan rancang terlalu banyak. Siapkan dulu yang sudah dalam rancangan sambil kita berkempen kepada ahli supaya membanyakkan ahli.

Minta maaf YMDS kerana tidak memberi tahu nama saya kerana saya hendak menyebut nama2 pencuri dan penipu di kawasan kita. Yang menjadi contoh dan tauladan juga saya akan tambah nama mereka kerana mereka ni sangat ramai datang dari Selama. Tapi bila tak ada kerja mereka lari ke KL, Ipoh dan Pulau Pinang. Mereka sudah tentu akan balik jika ada pembangunan di Selama/Kubu Gajah.

Terima kasih