Template by:
Free Blog Templates

30 October 2010

Kakitangan UMNO kahwin




Menghadiri majlis kahwin kakitangan pejabat umno bahagian larut, Noor Fauziana bt A.Ameen di Taman Permai Jaya, Selama, hari ini.

Ana,26 tahun melangsungkan perkahwinan dengan pasangan, Abdul Halim bin Mohamed, 37 tahun.

Majlis berlangsung di rumah bondanya, Aminah Fakir Mohamed.

Saya juga menghadiri majlis perkahwinan norazila binti arshad, 22 tahun di Taman Kota Wira, Batu Kurau.

4 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Jika ada majlis perkahwinan yang YMDS hadiri diluar LMS dan ceritanya dimuatkan juga dalam blog ini barulah saya faham yang YMDS tidak mementingkan politik kepentingan YMDS.

Buat masa ini saya rasa YMDS masih mementingkan politik dari ekonomi untuk membangunkan masyarakat kawasan ADUN Kubu Gajah.

Saya harap YMDS masukkan juga cerita di luar LMS supaya kami tak ingat YMDS asyik bermain politik sahaja dan meninggalkan ekonomi secara INKLUSIF.

Ramai ahli UMNO tak faham "inclusive".Harap biro ekonomi UMNO cuba terangkan konsep ini supaya kita tak pentingkan diri sendiri.

Yang sebenarnya saya pun mempunyai fahaman yang berbeza.

Anonymous said...

YMDS,

Saya sambung lagi tentang kefahaman saya apa itu inklusif.

Lagi satu maknanya ialah masukkan semua masyarakat untuk mengejar kejayaan, pembangunan, kekayaan supaya Muniandy di Lembah Keluang tidak tertinggal, Ah Seng di Kubu Gajah tidak tertinggal, Wak Tanming di Ulu Mengkuag juga tidak dilupakan. Kemajuan ini bukan hanya untuk Ketua Kampung dan kroninya sahaja.

Kesimpulanya kalau kita dijemput menghadiri kenduri kahwin orang Taiping pun kita mesti datang, orang Bagan Serai pun kita mesti datang dan orang Penang pun kita mesti datang dan muatkanlah ceritanya di blog YMDS. Inilah yang saya faham tentang ''inclusiveness".

Pembangunan tidak semestinya di Lembah Kinta tapi juga di kawasan ADUN Kubu Gajah . Dalam Bahasa Inggeris Kubu Gajah juga mesti INCLUsive kalau tidaknanti di situ hanya tinggal TARING GAJAH dan SIONG Raja Bersiongdi Ijok. Pondok Tanjung kalau tersilap cakap jadi Pundik Tanjong.

Sekian. Trima kasih.

Anonymous said...

YMDS,

Kalau boleh banyakkan lagi berita ekonomi daripada berita kenduri kahwin (terutama di luar ADUN Kubu Gajah) dalam blog YMDS.

Jika YMDS balik ke IPOH selalulah pergi ke Institut Darul Ridzuan.

Saya lihat pembangunan mereka asyik hendak memajukan Tronoh dan Sri Iskandar. Barangkali semua rumah penasihat dan pengarah IDR ada di Ipoh.

Elok juga PPAC audit IDR ini.

Lihat bagaimana kawasan ADUN Selama mendapat manaafatnya daripada perancangan IDR. Kalau YMDS tak pergi sana mereka hanya menjana ekonomi di Lembah Kinta.

Saya lihat mereka merancang hendak membina landasan keretapi hingga ke Manjung. Sepatutnya hingga ke Pelabuhan Lumut. Bukan hingga dekat rumah rehat MB kita.

MB pernah melawat Amerika dan lulus dalam Ekonomi Islam. Pelabur Amerika melihat jalanraya dan jalan keretapi yang boleh sampai ke Pelabuhan supaya senang pelabur mengekspot barangan.

Begitu juga Lebuhraya Ipoh-Selama mesti sampai ke Pelabuhan Butterworth. Bukan tergantung.

Kalau barangan ekspot boleh dibawa dari interchange Selama ke Pelabuhan Butterworth dalam masa satu jam bolehlah kita bina industri asas tani keliling interchange Selama/Kubu Gajah.

Begitu juga lebuhraya Bagan Datuk ke Sungkai. Mestilah disambungkan dengan pelabuhan atau lapangan terbang (untuk mengekspot baranagan cepat busuk)

Sepatutnya bila hampir pelabuhan jalanraya hendaklah diperbanyakkan.
Saya selalu jam bila nak ke pelabuhan Klang dan Singapore. Kalau selalu jam orang pun tak mahu melabur.

Sekian untuk makluman YMDS

Anonymous said...

YMDS,

Minta maaf YMDS. Saya takut YMDS silap faham. YMDS boleh menghadiri banyak kenduri kahwin tapi tak payahlah certakan dalam blok ini.

Lebih baik YMDS ceritakan hasil pertemuan YMDS dengan CEO IDR daripada cerita kahwin sahaja.

Saya pun pernah bermesyuarat. Dalam mesyuarat saya selalu bertanya kepada mereka yang mencadangkan sesuatu projek.

Soalan yang saya tanya ialah RUMAH TUAN di mana letaknya. Tabiat manusia mereka hanya merancang sesuatu yang berdekatkan dengan rumah mereka bukan untuk keuntungan secara inklusif dan untuk negara.

Kita tak mahu projek gajah putih atau dinousor. Memanglah Tronoh dan Sri Iskandar berkembang pesat tapi kita mesti lihat pelabur asing. Kenapa pelabur asing lebih suka ke Kulim dari Sri Iskandar?

Saya rasa CEO IDR ni tak tahu pembangunan untuk meningkatkan KDNK?

Sekian untuk makluman YMDS