11 October 2010
Cili sos
Saya amat tertarik dengan inisiatif wanita di Batu 20 yang hanya mengeluarkan wang sebanyak RM 80, mereka dapat menghasilkan kira-kira 100 botol jualan Cili Sos sendiri dalam tempuh seminggu dan mendatangkan hasil yang agak lumayan hingga menjangkau RM 800.
Mereka melakukannya hanya di masa lapang, tetapi mampu meningkatkan hasil produk mereka itu sendiri jika menggunakan mesin serta mendapat pasaran yang luas.
Dalam lawatan singkat ke bengkel Wanita Batu 20, Saya mendapati pada masa ini, mereka melakukannya secara usaha sendiri.
Saya telah meminta mereka menyediakan kertas kerja yang lengkap bagi membantu meningkatkan lagi produk cili sos tersebut secara lebih berkualiti dan yang lebih penting ianya halal.
Saya amat tertarik dengan bengkel Wanita Batu 20 cukup aktif dalam menjalankani pelbagai aktiviti termasuk latihan menjahit.
Ada yang berjaya menambahkan pendapatan hasil daripada latihan dan kursus yang dianjurkan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS.
Saya sangat gmbira bila ada orang Melayu yang berniaga kerana mereka mengikuti sunah Nabi dan Isterinya.
Tahniah !
Kalaulah ramai orang kita berniaga sudah tentu kita boleh berjaya sama seperti kaum Cina.
Yang peliknya kita simpan janggut dan pakai jubah dan serban tapi tak berniaga seperti Nabi Muhammad SAW.
Susahlah kita nak kaya. Kadang2 ada pula yang kahwin lebih satu.
Bila saya melawat kilang tayar di Syah Alam banyak tayar yang mempunyai jenama yang sama yang masih di import dari Indonesia.
Phillipina dll. Bila saya tanya eksekutifnya mereka katakan pengeluaran Malaysia masih tidak tidak mencukupi.
Kenapa wakil rakyat tempatan kita tidak mensyorkan membina kilang tayar di kawasan yang menghailkan banyak getah.
Begitu juga kilang papan lapis yang hanya ada di seberang Perai. Walhal salah satu komponen papan lapis ialah batang kelapa sawit.
Satu lagi ialah kilang makanan kambing dan lembu kerana seminggu sekali ternakan ini membaham daun kelapa sawit saya. Eloklah kilang makanan lembu di bina juga di Pondok Tanjung. Saya mencadangkan Pondok Tanjung kerana saya suka pembangunan dimajukan supaya kemajuan ekonomi dapat dimajukan secara seimbang.
Sekian. Terima kasih.
Post a Comment