Template by:
Free Blog Templates

29 October 2010

Bantuan warga emas



















Melawat bekas Ketua UMNO cawanagan Kelian Chine, Haji Zabidi bin Mohd Daud, 87 tahun di rumahnya di Kelian Chine, petang tadi.

Beliau kini berkerusi roda dan tinggal bersama isteri yang juga warga emas. Haji Zabidi adalah seorang yang amat aktif dalam politik dan kemasyrakatan.

Lawatan itu setidak-tidaknya UMNO dan kepimpinan masih menghargai segala jasa dan khidmat bakti yang telah selama ini beliau curahkan.

Haji Zabidi begitu terharu diatas kunjungan Saya, walaupun dalam keadaan yang agak uzur. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Ketua Kampung Sungai Ara, Haji Abdul Halil.

Saya juga melawat dua lagi warga emas, Bedah binti Mat,86 tahun di Kampung Sungai Ara dan Yan binti Anjang, 84 tahun di Kampung kelian Chine.

Mereka juga aktif dalam kerja kemasyarakatan sebelum ini. Kesemua mereka yang saya lawati bagaimanapun, tidak menerima sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Yang pentingnya bagaimana kita hendak membantu mereka berkursi roda datang mengundi di PRU 13.

Disamping itu bagaimana kita hendak menentukan cucu mereka yang berada di KL, Ipoh, Taiping dan PP balik ke kampung untuk mengundi semasa PRU13.

PAS memberi $200/$250 di DUN Galas.

Kalau macam ni nampaknya tentulah mereka menang. Kalau kita beri duit makan macam korupsi, tapi duit minyak kerita taklah boleh dikatakan korupsi.

Ramai ahli keluarga saya sudah merajuk dan menukar alamat IC mereka ke tempat mereka bekerja kerana AJK UMNO kita tak beri apa2 tambang pun walaupun mereka ahli UMNO. Bila beritahu AJK UMNO kata mereka tengoklah/nantilah dahulu. Cuba YMDS siasat sama ada mereka berikan hanya untuk kroni mereka sahaja. Kami yang dalam golongan LOW PROFILE diketepikan. Adakah mereka yang bersuara kuat sahaja dapat tambang pilihan raya? Perkara ini harus YMDS fikirkan.

Kali ini tinggal 2 keritalah yang akan balik mengundi nampaknya. Sebab yang lain sudah merajuk.

Saya hairan keluarga saya di Parit yang kuat UMNO mendapat bantuan PAS. Perkara ini yang saya sedihkan. Kalau kita dalam golongan low Profile UMNO tak kenang langsung. Kalau kita bersuara macam ketua kampung barulah mereka dengar.

Sekian untuk makluman YMDS.