Template by:
Free Blog Templates

16 October 2010

Lawat projek







Ketika berada di Batu 85, Saya telah meninjau kerja-kerja membaik pulih Dewan Orangramai situ termasuk pendawaian elektrik.

Turut juga dibaiki ialah gelanggang Badminton bersebelahan Dewan termasuk pemasangan lampu untuk kegunaan pada sebelah malam.

Turut sama ialah Ketua UMNO Cawangan Batu 85, Ahmad bin Mat Jali yang berharap dengan kemudahan yang ada itu akan membolehkan mereka bermesyuarat membincangkan masalah kampung dan remaja di situ.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Projek baru untuk semua rakyat ADUN Kubu Gajah tak adakah YMDS?

Saya nampak projek wakil rakyat/kerajan kita sejak dari dulu lagi hanya berkaitan dengan projek baikpulih, mengemaskini dan membaiki jalan atau bangunan yang sama.

Kalau kita lihat projek bajet tahun 2011 lebih membantu hampir semua orang.

Tapi masih ada projek yang hendak dimajukan tidak kena pada tempatnya.

Saya lebih suka kalau ia berkaitan dengan industri getah ia mestilah dibina di kawasan yang banyak terdapat tanaman getah.

Saya lihat Sungai Buloh akan menjadi kawasan perumahan seperti di Ladang Sime Darby di Lembah Kelang. Disitulah kerajaan membina pusat industri yang berkaitan dengan hasil getah lebih kurang 10 bilion. Habis cukai industri asas tani untuk itu sahaja.

Dulu kerajaan membantu projek yang tidak kena sasaran iaitu gulungan yang berhak tapi sekarang tak kena tempatnya pula. Siapakah penasihat kerajaan. Saya kira konsultant kerajaan lebih mementingkan tempat mereka (konsultant) sendiri.

Sebagai contoh di tempat kita ada ladang nenas 100 ekar di Sg. Dendang. Ladang Nenas saya ada 4 ekar dan di Sungai Malau tepi jalan ada 10 ekar. Dan banyak lagi yang lain2 di Selama dan arah ke Batu Kurau tapi pejabat lembaga nenas negara terletak di Kamunting. Saya selalu kena denda parking kerita di situ.

Cuba yang mulia tanya Encik Moksin anak Ustaz Yahya dan anak YM Raja Kamaruzaman ada tidak kebun nenas di Kamunting?

Sepatutnya pejabat lembaga nenas mesti letaknya di Kubu Gajah.

Lagi satu contoh ialah pejabat MPOB. Pejabat ini terletak di kawasan padi di Bagan Serai. Tapi saya lihat tiada kebun kelapa sawit di situ. Kenapa pejabat ini tidak di bina di Kubu Gajah. Ada enam estet di situ. Haji Rejam sahaja ada 300 ekar. Orang yang terkaya di Sg Dendang ada lebih 300 ekar. Cikgu kita anak Pak Lang Dolah (mungkin masa sekolah dulu YMDS naik bas ayahnya) sahaja ada lebih 100 ekar. Dan Encik Sulaiman pun ada lebih 80 ekar (rumahnaya jalan ke FELCRA). Yang paling tepat sekali kalau nak membantu mereka ini pejabat MPOB mestilah dibina di Tebing Tinggi kerana FELCRA sendiri akan mendapat bantuan teknikal dari MPOB

Ini pula di bina di Bagan Serai. Kerajaan rugi banyak claim mialage pegawainyala.



Begitu juga perhilitan. Mana ada anjing gila di Selama. Yang banyak haiwan perosak ialah di Tebing Tinggi, Sg. Malau, Sg Dendang dll.
Kenapa pejabat perhilitan diletakkan di Selama.

Begitu juga pejabat vertiner. Hanya ada 4 gembala lembu di Selama dan 2 kambing.

Encik Ahmad Salleh Osman no 128/1 FELDA 34510 IJOK sahaja mempunyai 130 lembu.

Murty anak lelaki Balakrisnan sahaja ada lebih 170 elor lembu di Lembah Keluang.

Kalau kita bina pejabat vertiner di Selama tentulah kerja pegawainya senang sedikit. Tapi kalau di Kubu Gajah tentulah Encik Murthy selalu datang walaupun lembunya naik minyak.

Begitu juga pertanian. Saya kesihan melihat kebun buah naga di Sg. Dendang habis begitu sahaja kerana pejabat pertanian tidak proaktif dan turun padang. Bukan senang nak memulakan kebun tanaman buah naga. Kalau Pejabatnya di Kubu Gajah sudah tentu mereka cepat menolong high price agriculture product ini.

Kesimpulanya binalah pejabat kerajaan di tempat yang sesuai iaitu tempat di mana kita lihat ramai penggunanya, bukan MPOB di kawasan padi. Lembu di Selama. Yang sebenarnaya kalu kita tidak membaca rekod ada lebih 400 ekor lembu di pelihara oleh orang FELDA.

Itulah rintihan saya YMDS. Saya takut rintihan ini sama seperti rintihan YMDS mahu pemain import dan sponsor rokok untuk perlawanan bola. Kita orang kerdil siapa nak dengar.