Template by:
Free Blog Templates

25 October 2010

SPM











Mata pelajaran Sejarah wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajarn Malaysia (SPM) bukanlah bermotifkan politik, tetapi untuk kebaikan generasi yang akan datang agar mereka tidak buta Sejarah.

Jika mereka buta sejarah, mudahlah pihak-pihak yang memusuhi Kerajaan menggunakana kesempatan untuk meracuni fikiran rakyat.

Saya berkata demikian ketika meresmikan majlis perasmian penutup program motivasi kececmerlangan untuk pelajar-pelajar yang akan mendudukki peperiksaan SPM tidak lama lagi di Sekolah Menengah Redang Panjang, tenghari tadi.

Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin, yang juga Menteri Pelajaran, bahawa mulai 2013, mata pelajaran sejarah wajib lulus dalam spm sebagai syarat dapat sjijl sama seperti Bahasa Malaysia (BM).

Mengeenai menghadapi peperiksaan SPM, Saya menyatakan bahawa untuk mencapai kecermelangan, mereka mesti ada kemahuan yang bersungguh-sungguh.

Pelajar-pelajar juga selain sentiasa berdoa dan bertawakal, mestilah juga ada matlamat, ada kemahiran untuk belajar, buat latinan berterusan dan mencari rakan yang positif.

Program sehari itu, dianjurkan oleh Pejabat Kemas Parlimen Larut bertujuan memberi sedikit panduan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tersebut tidak lama lagi.

Turut hadir ialah Pengetua Sekolah dan Penyelia Kemas Parlimen Larut, Nordin Abu Hassan serta Yang Dipetua PIBG, Nor Azman Mokhtar.

0 comments: