Template by:
Free Blog Templates

7 October 2010

Ghazali





Tahniah diucapkan kepada Haji Mohd Ghazali Haji Abd. Rashid yang dilantik sebagai senior research fellow institut Darul Ridzuan.

Perlantikan Ghazali dipersetujui Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir,

Ghazali yang juga novelis pernah berkhidmat sebagai pegawai Kerajaan di Perak.

Saya sempat menemui beliau di pejabatnya.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya harap IDR ini jangan jadi ISIS dan MIER.

ISIS tak dapat menyatukan kaum dengan baik. Mereka hanya pandai cakap sahaja.

MIER membuat ramalan yang bertukar2/berubah2.

Saya rasa penyelidikan yang perlu dibuat diPERAK ialah nak buat ialah tentang tanah terbiar dalam bentuk R &Datau development (perkembangan).

Asyik2 buat penyelidikan tapi setelah itu apa nak buat? Duit pula tak ada.

Yang sebenarnya tanah terbiar memerlukan perubahan undang2 atau polisi kerajaan. Hanya wakil rakyat yang boleh menukar undang2. Tapi mereka pergi kampung buat 'penyelidikan'. Kampung Baru KL tak maju sebab 'undang2". Hak Melayu mesti hak Melayu (Isu pertama). Isu kedua kalau tak masuk Cina macam mana nak membangun.

Sebagai contoh cuba kita lihat banyak tanah Melayu di kawasan Majlis Perbandaran. Tapi tidak dibangunkan kerena reserve Melayu.
Apa salahnya tukar undang2 jika sekiranya tiap2 ahli tuan tanah menjadi jutawan. Inilah yang tidak diterima oleh orang Melayu.

Begitu juga tanah terbiar. Apa salahnya dijadikan khazanah koperasi atau lain2.

Perakara ini tak payah diselidiki IDR kerana jawapannya sudah ada.

Lagi satu fasal e-ekonomi, e- sosial, e-pendidikan dan lain e-lagi.

Pelajaran yang kita pelajari di ICT peringkat kampung tidak melayakkan kita mendapat gaji lebih 3 ribu sebulan. Orang dah belajar ORACLE kita di Selama asyik belajar yang mampu menjana gaji rendah dalam bidang ICT.

Kesimpulannya pilihlah fellow yang pandai juga dalam bidang D atau development. Jangan asyik R sahaja macam ISIS tapi masih intelek Cina yang agak ramai benci ke Melayu.

Dalam bidang pendidikan yang perlu sekarang ialah memperbanyakan bidangnya. Kalau YMDS pergi India Profesor Panjat Pokok pun ada.

Mesin2 di sekolah vokesenal hendaklah sentiasa diperbaharui. Kalau boleh misalanya dalam bidang fotografi kita pelajari kamera yang belum di ekspot negara Jepun. Bukan yang 10 tahun yang lama masih digunakan.

Cadangan ialah mencari fellow yang panadai dalam participation action research atau needs assessment methodology.

Dalamneeds assessment researchkita tak buat penyelidikan jika polisimaker tak ada duit. Kita hanya buat penyelidikan jika kerajaan ada duit untuk mengimplementasi dapatan kajian.

Dalam participatory actionresearch fellow tak boleh duduk dalam bilik air-cond sahaja atau turun padang untuk mengumpul maklumat tapi mereka juga mesti bekerja bersama-sama dengan masyarakat yang diselidiki.

Sekian untuk makluman YMDS

Anonymous said...

YMDS,

Yang saya tahu IDR adalah pusat bagi 'think tank' negeri Perak. Ia lebih kepada untuk pembangunan ekonomi, pendidikan, sosial dan lain2

Tapi yang di pilih menjadi fellow adalah novelis.

Saya mohon jika kerajaan PERAK dapat membantu beliau menulis novel yang dapat menyatukan rakyat tak kira fahaman politik, bangsa dan SES.

Misalnyau tema seperti Imam orang kuat PAS anaknya kuat UMNO. Atau suaminya ketua cawangan PAS dan isterinya masih memangkah UMNO.

Perkara ini betul2 berlaku di kampung saya.

Begitu juga masa Jepun dahulu ramai orang Melayu menyorokkan anak dara Cina supaya tidak diperkosa Jepun. Perkara ini pernah berlaku di Batu Pahat.

Orang Melayu misalnya jangan pandang Ghee Hin dan Hai San sebagai kumpulan gang, kumpulan gelap yang menguasai Taiping Port Weld. Tapi dalam sejarah, merekalah juga dapat membantu orang2 Melayu yang jadi kaya di Larut Matang supaya menjadi lebih kaya kerana mereka bekerja di lombong2 mereka. Begitu juga di Papan dan di Batu Gajah pada masa dahulu, Tapi mereka hidup dalam keadan harmoni kerana tiada politik pada masa itu.

Orang ramai yang pandai dalam bidang pendidikan dan ekonomi juga ramai di Perak. Harap pilihlah juga mereka pada masa akan datang. Kalau hendak novelis Prof Abdullah Hassan dari Semanggol pun baik juga. Kalau nak pakar ekonomi ada juga orang yang lebih pandai dari Semanggol juga seorang profesor.

Apa yang saya ketahui YAB MB kita lebih suka bidang pendidikan.

Dalam bidang ini ramai orang Perak yang sudah berjaya menghasilkan projek pendidikan.

Pengelaman saya apabila memilih fellow hendak kita menggunakan kriteria seperti CEO. Kalau tidak nescaya polisi yang hendak dimajukan agak lambat dimulakan kerana think-tank kita bukan action oriented. Orang yang dipilih hendaklah mempunyai track record yang dapat menyediakan proposal hasil penyelidikan sebelum tamat tempoh waktu.

Saya pernah bekerja dalam enam projek sebagai projek analyst tapi bos saya asyik jalan sana sini jadi mereka tak dapat buat laporan mengikut jadual. Saya takut fellow yang tidak dapat menyudahkan kajian untuk dijadikan polisi sebelum tempohnya merugikan negeri Perak.

Sekian untuk makluman YMDS.