23 October 2010
Sejarah Wajib
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa, mulai 2013, mata pelajaran sejarah wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai syarat dapat sijil sama seperti Bahasa Malaysia (BM).
Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Presioden UMNO berkata demikian sebagai mengulas saranan pembahasan da;am ucapan penggulungan beliau di Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir, petang tadi.
Presiden UMNIO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pula dalam ucapan penggulungan beliau menyatakan bahawa beliau dan Timbalannnya akan melawat Negeri-Negeri mulai awal tahun depan, dengan mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan dan pemerhati.
Perdana Menteri juga akan buiat perubahan dalam UMNO di peringkat tertentu, ikut kesesuaian keadaan termasuk mungkin di Negeri-Negeri dikuasai Pembangkang dalam masa terdekat.
Umpama Habis ke Beras, kalau ada mana-mana pihak yan masih pesoal isu perlembagaan, Malah parti-parti komponen bn dah bagi persetujuan untuk tidak ungkit lagi.
Perhimpunan tiga hari di PWTC itu berakhir petang tadi. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Isteri tiba ketika Tan Sri Muhyiddin sedang berucap.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur juga hadir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
YMDS,
Selain mata pelajaran sejarah kita perlu juga memperkenalkan kajian Keamanan (peace studies) dan Sosiologi (Tingkatan Enam) di peringkat yang lebih tinggi lagi.
Kita perlu menukar kandunagan sejarah yang sekarang supaya ia memunyai falsafahnya tersendiri untuk menuju arah keamanan.
Banyak kandungan isi sejarah tidak menerangkan mesejnya/atau implikasinya.
Sepatutnya 13 Mei berlaku menakibatkan orang Cina rugi 3 bilion ringgit manakala orang India dan Melayu rugi 3 juta ringgit.
Begitu juga di Indonesia. Semasa mereka tunjuk perasaan anti Malaysia duit mereka jatuh 5 rupiah tiap2 tukaran wang Malaysia untuk mendapatkan 1 juta wang Indon.
Manakala negara lain sudah tentu tidak mahu menanam modal di Malaysia jika Utayakumar dan Lim Guan Eng dan juga Ibrahim Ali asyik panasdkan telinga rakyat Malaysia.
Perkara2 beginilah yang hendak dimasukkan dalam Sejarah.
Kita tak mahu lagi kandungan sejarah yang tidak dirumuskan dengan mesejnya sekali.
Soalan peperiksaan Sejarah pun kalau YMDS baca sangat tidak membantu kita untuk bersatu padu.
Soalannya lebih kepada menyoal insiden yang berlaku tapi bukan tentang falsafahnya, ajaranya, mesejnya, implikasinya dan yang berkaitan.
Kandunganya boring.
Saya ingat sejarahwan Melayu UMNO harus juga memberi input untuk menyiapkan kandungan mata pelajaran sejarah.
Yang dipertikaikan oleh pemuda Cina ialah istilah Melayu dan Bumiputra.
Dalam mata pelajaran sejarah tidak ada yang menerangkan asal usul Melayu dari sudut pandangan antropologi atau pun 'DNA"
Misalannya saya tanya orang Cina di kuliah saya di manakah di Tenggara Asia ini terdapat orang yang berwarna kulit badan seperti saya.
Melayu mengikut istilah Indonesia ialah hasil perkahwinan dua sukukaum yang berbeza seperti orang Jawa dengan orang Minang,orang Mahmeri dan orang Semai,dll. Kalau suami isteri berbual dalam bahasa masing2 sudah tentu mereka lambat melahirkan anak kerana apa yang dimahukan lelaki berbeza dengan kehendak perempuan. Susahlah mereka hendak 'berdakap' Akhirnya yang lelaki londeh kain yang perempuan dan yang perempuan tarik balik kain yang dilondeh hingga fajar menyinsing.Kalau mereka gunakan lingua franca Melayu perkara yang demikian tidak akan berlaku hingga pagi.
Selain itu Melayu adalah beragama Islam dan bersopan santun. Begitulah yang dijelaskan pakar etnik Indonesia kepada saya.
Sebab itu 13 Mei hanya berlaku di bandar2. Ia tidak akan berlaku di kampung2 kerana perangai orang Kampung yang majoritinya Melayu adalah bersopan santun.
(Berdemstarsi dan baling mercun di perlawanan bola bukan sifat orang Melayu yang difahami oleh orang Indonesia.)
Kalau Melayu lebih ramai dari kaum Cina mereka tetap tidak berkelahi dengan orang Cina kerana sifat mereka yang bersopan santun.
Perkelahian seperti 13 Mei hanya berlaku di bandar2 dan tidak akan berlaku di kampung2 oleh kerana orang Melayu sifatnya bersopan santun.
Sebelum 13 Mei sudah dua kali orang Melayu dan Cina berkelahi di Bukit Mertajam tapi nasib baiklah media masa melihat insiden seperti ini dikatakan disokong pihak kominis yang berada di sebelah bukit ditepi bandar Bukit Mertajam. Ia bukan dimulakan oleh orang Cina di Pasar. Manakala di tempat2 lain kita katakan gangster yang mengamuk, bukan perkauman.
Yang pentingnya apakah keuntungan yang kita perolehi jika insiden Bukit Mertajam berlaku lagi. Inilah contoh soalan Sejarah yang dapat mambantu kita untuk bersatu.
Sekian untuk pengetahuan YMDS
YMDS,
Apabila YAB PM dan TPM melawat Perak boleh tidak YMDS beritahu mereka pembangunan hendaklah dilaksanakan secara seimbang (ikon dacing Barisan).
Apa yang saya lihat pembangunan lebih tertumpu di kawasan2 Lembah Kinta dan di sepanjang lebuhraya IPOH-Port Weld.
Saya pun hairan kenapa 2 MB yang kita dahulu tidak mahu memajukan Hulu Perak supaya ia menjadi seperti Lembah Kinta. Walhal mereka datang dari sana.
Adakah trend sekarang kita akan membangunkan kawasan dimana kita hendak berpencen.
Sebagai contoh kalau saya perdana menteri hendak berpencen di Kuala lumpur saya bangunkan Kuala Lumpur sehebat-hebatnya samapai susah saya nak bawa kerita ke sana dan ke sini. Jammed sana jam sini.
Barangkali YMDS sudah faham apa yang saya maksudkan seimbang.
Saya lihat Selama dan Kubu Gajah masih tidak membangun. Ahli Jawatan kuasa politik dan cikgu2nya ramai yang duduk di Taiping kerana tempat mereka tiada pembangunan. Walha ramai member nak tolong tukarkan mereka ke Selama Kubu Gajah kalau mereka mahu.
Kalau gaji mereka $ 5,000 ke atas tak apalah duduk di Taiping kerana Selama dan Kubu gajah tak boleh memberi gaji sebanyak itu. Dulu2 doktor Selama pun duduk di Taiping
Saya masih berpegang kepada indek KPI pembangunan sesuatu kawsan bergantung kepada masyarakatnya yang tidak lagi berpindah ke tempat lain. Selagi orang kita migrate ke tempat lain selagi itulah pembangunan di tempat tersebut macam tiada tiada.
Tetapi kalau mereka dan anak2 mereka balik ketempat asal mereka barulah saya anggap KPI kawasan tersebut maju.
Sekian untuk pengetahuan YMDS tentang KPI pembangunan yang saya fahami. Berapa peratus orang kita balik kampung bila berpencen. Tahun depat lihat pula %an peningkatan. Dan seterusnya. Kalau tiada yang balik kampung bermakna KPI pembangunan kawasan tersebut adalah sifar.
YMDS,
Selalunya apabila YAB PM dan TPM melawat semua negeri pilihanraya pun akan diadakan.
Cuba tanya mereka apa Kubu Gajah nak dapat. Bila nak buat kilang susu di Pondok Tanjung dan kilang baja humus jika boleh, dan kilang2lain yang bersaskan produk haiwan peliharaan. Maksud saya mengindustrikan luar bandar. Tak kan Lumut saja yang dipenuhi asap nanti kalau terlampau banyak asap tak bagus la YMDS.
Nampak gaya koridor utara (janji pilihanraya yang dulu) macam hidup segan mati tak mahu. Boleh tidak YMDS cari orang lain untuk menjadi KPE/CEOnya. Putrajaya beliau buat dengan cepat tapi Pondok Tanjung rumput 'elephant grass' (kesukaan lembu/kambing) lebih banyak tumbuh di tempat saya daripada di Pondok Tanjog. Pokok mengkirai yang lembu suka makan ada 6 ekar di tanah saya (dalam masa setahun) NCER sudah tiga tahun. Sepatutnya kalau tak banyak kambing pun, rumput makanan mereka sudah sedia ada kerana ia senang tumbuh di kawasan yang banyak turunnya hujan.
Sekian TK
YMDS,
Pelan Induk Pembangunan Bumiputra saya agak sama seperti Dasar Ekonomi Baru.
Cuma namanya yang lain.
Pepatah Inggeris ada menyatakan: Old wine in a new bottle.
Kalau bantuan hanya diberikan kepada kooperasi, persatuan atau badan2 teruntu yang mempuyai ahli yang ramai Melayu mungkin akan menguntungkan ramai orang Melayu.
Kalau tidak the top 10% Melayu yang bertambah kaya.
Lagi satu segala jawatan tinggi mesti diutamakan kepada mereka yang miskin melalui proses 'head-hunting' bukan lagi diiklankan. Kalau diiklan kumpulan elit Melayu juga yang berjaya kerana mereka sudah terdahulu makan garam/nampak dunia pembangunan ekonomi lebih awal daripada gulungan yang miskin.
Saya pohon YMDS memperjuangkan supaya Gini Koefisian kaum Melayu hendaklah diturunkan kepada 0.20 dan begitu juga kaum India dan Cina.
Kalau tidak mahu, Plan Induk Pembangunan Bumiputera tinggal hanya rancangan sahaja tanpa direalisasikan. Kumpulan elit Melayu akan bertambah kaya.
Kalau nak bina 100 tingkat PNB pun binalah di hutan belantara jika bangunan tersebut hanya untuk dijadikan pejabat urusan dan latihan PNB untuk mengelakkan kesesakan di KL.
Kalau untuk disewakan binalah bangunan tersebut di tempat seperti yang dirancngkan sekarang supaya PNB dapat mengumpul sewa yang lebih lumayan.
Kesimpulanya, ialah bina bagunan untuk pengurusan di luar bandar tapi jika untuk disewakan bolehlah di bina di tengah2 bandar Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor Baharu.
Sekian untuk makluman YMDS
Dengan yang demikian pembangunan luar bandar akan meningkat.
Tapi empat syarikat harta tanah yang saya ikuti tak pernah yang untung, kecuali seperti GAMUDA dan YTL.
Ada dua syarikat lagi hendak melupuskan bangunan mereka. Nampaknya bankeraplah saya. PNB tak mahukah beli bangunan MBf kerana tak untung langsung tapi bangunannya lebih strategik dari PNB.
Sekian untuk makluman YMDS.
Post a Comment