Template by:
Free Blog Templates

14 October 2010

Warge Emas Perlu Bantuan













Petang tadi, Saya melawat seorang warga emas, Maimunah binti Haji Mat Desa, 62 tahun yang sedang sakit di rumahnya di Kelian Gunung, Ulu Ijok yang memerlukan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Maimunah yang tinggal bersama Suami, Arshad bin Kadir, 66 tahun yang tidak bekerja telah dua kali membuat permohonan, tetapi gagal, sedangkan beliau memerlukan bantuan membiyai kos perubatannya.

Kedua pasangan suami isteri itu, tinggal dengan anak mereka, Rosmah binti Arshad, 47 tahun yang merupakan seorang ibu tunggal, kematian suami dan mempunyai seorang anak.

Di Felda, Ijok pula, Saya melawat seorang penduduk yang menumpang mertuanya setelah terlibat dengan satu kemalangan.

Mohd Yusof bin Syed Duan, 55 tahun berlanggar dengan seekor kerbau. Turut sama dalam lawatan itu, ialah Ketua Kampung Felda, Ijok, Haji Abdul Shukur Haji Jaman.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Masalah kerbau hendaklah di atasi dengan segera. Minta kerajaan memberi bantuan haiwan peliharaan kepada mereka yang hanya sanggup membuat pagar.

Jika tak sanggup membina pagar jadikan haiwan peliharaan sebagai haiwan yang diamanahkan kepada mereka yang sanggup membuat pagar. Kalau tidak amanahkan ke vertiner supaya memmeliharanya dekat Pondok Tanjung. Keuntungannya diberikan dalam bentuk saham.

Jabatan vertiner ni tak kreatif la.
Asyik tunggu arahan kerajaan sahaja. Tangkap saja dan tentukan harganya dan jadikan saham modal. Bela haiwan ini di Pondok Tanjung atau kaki gunung Bintang Keuntungannya berikan balik kepada tuannya. Pegawai vertenier pun boleh dapat pau dari sini. Takkanlah kerja tanpa pau kita mahu buat. Tolaklah gaji tambahan, iaitu bayaran hujung minggu.

Sekian untuk makluman YMDS.