Template by:
Free Blog Templates

11 October 2010

Tebing runtuh











Melawat sebuah rumah di Kampung Mesjid, Ijok yang bimbang diancam tebing sungai runtuh dan banjir setiap kali hujan turun dengan lebat.

Pemlik rumah itu ialah, Ali Musa bin Mat Lazim, 27 tahun.

Difahamkan, perkara itu telahpun dibangkitkan kepada pengetahuan JPS ketika pembinaan jalan baru dari Kamung Mesjid Ke Ulu Mengkuang melalui Kampung Teras.

Dalam lawatan itu, Saya melihat sendiri keadaan tebing yang runtuh dan pokok besar yang tumbang akibar akarnya yang tidak lagi kukuh.

Saya akan membawa perkara ini dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, Datuk Mahmud Murshidi yang akan datang.

Saya juga meminta pihak-pihak yang berkenaan agar memantau keadaan di tebing sungai Ijok itu terutama dalam cuaca buruk, bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Tanah rutuh dan banjir selalunya ada kaitan dengan pembangunan.

Kalau kita buka ladang luas atau pun kita membalak di hulu sungai atau berdekatan dengan sungai sudah tentu di satu hari nanti banjir atau tanah runtuh akan berlaku berhampiran atau di hilir sungai.

Pepatah Inggeris ada mengatakan 'prevention is better than cure'.
Maksunya ialah YMDS sudah pun memberi pandanagan untuk membina empangan/membina tadahan di IJOK. Minta sokongan 2 ADUN yang lain dan Datuk Hamzah mungkin perkara ini dapat direalisasikan. Kalau tidak ia akan mejadi MIMPI SEDIH DI HARI HUJAN.

Kalau Mahazan Manan (pengubah terkenal) masih ada di Selama sudah tentu saya sruh beliau mengubah lagu ini.

Sekian untuk makluman YMDS.