Template by:
Free Blog Templates

26 October 2010

Futsal puteri





Menjenguk pertandingan futsal Puteri UMNO bahagian Larut di Pantai Besar, batu Kurau.

Puteri cawangan kampung Paya, Batu Kurau, muncul juara mengalahkan naib juara, Puteri cawangan Sungai Kuning, Selama di final.

Sebanyak lapan pasukan mengambil bahagian di gelanggang futsal baru pantai Besar.

Gelanggang futsal adalah diantara bebrapa buah gelanggang yang dibina kerajaan di Parlimen Larut.

Di Dun Kubu Gajah sahaja gelanggang-gelanggang futsal yang dibina adalah di dataran Tebing Tinggi, kampung tersusun Kubu gajah, Felda dan RTBK Pondok Tanjung.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya mohon apabila YMDS sambil menonton futsal puteri di masa2 akan datang cuba tanya2 mereka sama ada mereka sudah mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Bayangkanlah masih lebih 4 juta belum berdaftar di Malaysia.

Sudah tentu ramai dari kumpulan puteri yang tidak mendaftar.

Saya lihat secara rambang dalam pilihan raya ke 12 ahli puteri tak ramai datang mengundi.

Saya tanya anak2 muda pun cakap begitu.

Disamping berputsal tolonglah kaji kenapa 25% tempat kita tak turun mengundi. Adakah mereka orang jauh, orang Cina, orang India , pemuda atau puteri?

Kalau pengundi jauh mungkin ada sedikit peruntukan. Duit2 lebih untuk tambang seperti dari tempat2 lain bolehlah disedekahkan pada mereka.

Hingga hari ini saya tak dapat jawapan kenapa ada undi pos rosak.
Saya rasa mereka ni hendak undi PAS tapi mereka takut kertas undi mereka tidak dirahsiakan.

Adakah ramalan saya ini betul2. Tak tahulah YM.

Sepatutnya YMDS buat rumah di Tebing Tinggi supaya lawatan YMDS lebih di kawasan ADUN Kubu Gajah daripada Batu Kurau.

Kalau tidak, masih dalam pandangan saya, YMDS masih asyik berpolitik. Akhir2nya pembangunan menyuluruh (mega) di kawsan ADUN Kubu Gajah tiada kelihatan hingga ke PRU13.

KPI MB terhadap YMDS mungkin turun padang tapi KPI pengundi adalah kepada pembangunan menyeluruh (MEGA) bukan sahaja untuk warga emas dan yang miskin sahaja walau pun ia menjadi prioriti utama.

Pengundi yang ramai bukan warga emas dan yang miskin seperti yang kita sedia maklum.

Sekian. Terima kasih.