21 October 2010
Perhimpunan UMNO
Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan perhimpunan Agung UMNO di PWTC, pagi ini.
Ucapan Najib yang juga Perdana Menteri mendapat tepukan gemuruh seluruhan perwakilan.
Ucapan dasar Presiden tumpu pekara 153 perlembagaan persekutuan. Ingatkan sekalipun ada majoriti 2/3 ia tidak boleh dipinda tanpa persetujuan majlis Raja-Raja.
Mahu tidak mahu persepakatan mulia pekara 153 perlembagaan wajib dihormati kerana itulah kunci pada kelangsungan dan survival kebangsaan, katanya.
Bagi beliau apa sahaja polemik hari ini, sama ada mengenai kerakyatan lepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu ia hanya perdebatan akademik sahaja.
Najib juga sentuh pelan traformasi ekonomi baru dan perpaduan nasional.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur dan Mantan presiden UMNO , TUn Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi turut hadir.
Pemerhati politik dari luar negara juga hadir di perasmian Agung selama tiga hari itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
YMDS,
Ahli UMNO meningkat kepada 3,528,925.
Adakah agihan kekayaan seperti tender) dan pangkat (seperti pengarah syarikat) diberikan secara adil dan kepada mereka yang betul2 bekebolehan.
Kalau ahli UMNO dipilih yang berkebolehan tentulah 6 syarikat yang sebahagian sahamnya juga hak milik saya (dapat secara undian bukan anugrah) tidek bankerap.
Saya susah hati kalau kita pilih ahli UMNO tiada pengelaman berniaga atau tidak lulus dalam bidang kosting menjadi pengarah syarikat. Kerana sudah tentu untungnya tak dapat beli susu anak.
Yang akan datang ni tiga syarikat lagi akan dijual kepada pihak lain.
UMNO juga harus memperjuangkan keadilan dan saksama antara ahli.
Bukan antara kaum. Antara kaum letakkan di Bahu Barisan
Barisan Nasional bolehlah mempejuangkan antara kaum. Tapi ahli UMNO mestilah mengutamakan antara 3 1/2 juta ahli bukan hanya top 10 percent sahaja.
Kita lihat ramai juga ahli UMNO baru dari kawasan ADUN Kubu Gajah. Tapi saya rasa kita masih slow. Sayap biro politik kita masih tidur.
Kalau tak tidur sudah tentu ia menjadi 4 juta. Kalau kita hendak kedudukan mesti kerja keras. Ahli tak datang bergolek. Pengalaman saya waktu malam di kedai kopi yang baik sekali mencari ahli UMNO.
Itulah kelemahan cara mengundi. Kita selelu piliha yang retorik.
PM kita nak adakan macam report kad sekolah bagi untuk pemimpin politik.
Tapi pengelaman saya ahli mahu yang mereka pandai bersyarah macam KJ dan DS Anuar Ibrahim.
Mereka tak peduli report card kecuali intelektual yang mahukan report kad. Berapa orang kita yang betul2 intelektual dan mempejuangkan hak Melayu.
Seperti kata pepatah Melayu yang tinggal hanya keretapi Tanah Melayu, Askar Melayu dll. Tak silap nanti Bahasa Melayu pun loncong.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Masih ramai cikgu India dan Cina di Sekolah Menengah Redang Panjang dan Kubu Gajah tak tahu bagaimana dalam perlembagaan perenggan 153 dibentuk. Ramai juga tahu kandungannya tapi tak faham impikasinya jika kita tentang fasal 151, 152 dan 153.
Kita ada juga lawyer UMNO di kawasan Larut. Nak jadi pemimpin tak bolehlah jual status sahaja tanpa action. Mereka tak bolehkah beri taklimat di semua sekolah di kawasan Larut tentang 153. Saya lihat cikgu Cina yang kenal saya pun buat2 tak kenal lagi bila saya datang ke sekolah mereka. Ini semua disebabkan pasal 153. Ramai anak murid saya di sekolah menengah tapi tegor saya pun tak mahu. Semuanya fasal 153.
Semua ini adalah disebabkan mereka tidak tahu asal usul pasal 153 dan implikasinya jika kita persoalkan perkara ini.
Sebelum pilihanraya ke 13 saya pohon yang YMDS jumpa semua AJK MIC dan MCA untuk menerangkan kenapa semua rakyat ( termasuk Cina dan India) setuju tentang perkara ini semasa ia dibentuk. Hanya pemuda MCA dan MIC yang kurang setuju.
Cuba YMDS buat kajian kenapa 25% tak mengundi di kawasan kita.
Saya ingat bila YMDS balik dari persidangan cuba buat peta politik dan kaji kenapa mereka tidak datang mengundi.
Saya juga hairan kenapa undi pos ada yang rosak di Hulu Selangor.
Yang mengundinya semuanya educated.
Di Kubu Gajah pun buat post-mortem yang sama jika YMDS rajin.
MB kita adalah bekas pensyarah di UIA. Saya pohon YMDS kirim salam pada YAB MB supaya jangan jadi pensyarah universiti yang selalu menerangkan problem tapi tiada action. YAB PM rancangkan action di tahap ketiga. Tapi problem kita sudah bertan2 banyaknya dan ada yang diterangkan di majlis perhimpunan dan di mesyarat pemilihan perwakilan di kawasan masing2.
Beritahu juga YAB MB kita turun padang tak ada gunanya jika tak ada duit.
Yang paling berjaya turun padang ialah PM dan Menteri kewangan kerana duit sudah ada dalam tangan.
Yang lain saya rasa susahlah sedikit hendak berjaya seperti lapangan terbang di Briah/Lumut.
Turunlah padang berpuluh2 kali tapi kalau duit tak ada macam mana.
Turun padang untuk makan2 bolehlah.
Masalahnya bukan wakil rakyat tak mahu turun padang tapi kalau turun padang poket kosong apa nak jadi.
YMDS adalah juga auditor PPAC. Cuba YMDS audit semua isu yang dibentangkan di peringkat ranting dan bahagian.
Pengelaman menjadi auditor sangat penting untuk memajukan kawasan ADUN Kubu Gajah.
Sebab itu saya tak mahu aktif dalam UMNO kerana bila kita audit isu2 yang lepas tak banyak yang boleh menjadi kenyatakan. Rugi masa saja untuk membentang isu tersebut.
Terima kasih
YMDS,
Saya pohon sekali lagi jika wakil kita tidak tahu Political Performance Index untuk tahun 2009/2010 bagi calon yang hendak dipilih, undilah mereka yang perihatin terhadap negeri Perak secara amnya dan bagi Larut pada khususnya.
Saya rasa undi rosak ialah disebabkan mereka tidak tahu perkara yang pernah dilaksanakan calon untuk negara sepanjang tahun lepas. Jadi mereka rosakkan undi.
Kita tidak layak jadi pemimpin kalau kita sendiri tidak boleh menilai calon. Wakil yang tidak berwibawa ialah wakil yang mengikut ketuanya memilih calon.
Seruan saya ialah wahai mereka yang menganggap diri mereka yang intelek pilihlah calon yang mempunyai political performance index yang tinggi sekali.
Sekian untuk YMDS dan selamat mengundi.
YMDS,
Transformasi yang saya idamkan ialah kita tak harus bergantung kepada kerajaan sahaja jika hendak kaya.
Saya mohon YMDS kumpulkan orang kaya kampung kita seperti Cikgu Nayan, Tuan Hj. Ishak, Hj. Rekjam, Anak Tuan Hj. Osman Kopi, Encik Sulaiman , iaitu mereka yang mempunyai lebih 100 ekar kebun kelapa sawit. Kemudian mesyuarat dengan mereka untuk membina kilang minyak sawit atau kilang hasil minyak sawit di interchange Kubu Gajah sebelum lebuh Raya Ipoh-Selama Siap.
Begitu juga di tempat lain. Seperti Batu Kurau Dr. Amir Baharuddin, Datuk Hamzah dll kontraktor. Galakkan mereka membina kilang di kawasan interchange Anak Kurau dan Batu Kurau. Sudahlah asyik minta duit kerajaan sahaja sahaja. Kita mesti macam Dr. Amir Baharuddin (menantu Northern Transport). Beliau tak minta duit kerajann hendak jadi kaya.
Kita bertuah kerana Dr. Amir Baharuddin ada di tempat kita. Beliau adalah pakar ekonomi yang tak mengharap kerajaan untuk menjadi kaya. Jemputlah beliau memberi pendapat untuk membangunkan kawasan kita sejajar dengan pembinaan lebuhraya Selama-Ipoh. Kalau ia berjaya barulah saya percaya MEB berjaya. Tapi kalau harap kerajaan sahaja nak jadi kaya sudah tentu MEB tidak berjaya.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Perpaduan nasional hanya berjaya jika kandungan mata pelajaran sejarah di sekolah di pinda dan sejarah menjadi mata pelajaran wajib kerana ramai pemuda MCA dan MIC tak tahu asal usul Melayu dan bagaimana perkara 153 dibentuk.
Sejarah juga mesti meliputi kenapa kerajaan Hindu lingkup di Tenggara Asia kurun ke tujuh. Kenapa kerajaan Islam Lingkup di Spain di kurun ke 14. Kenapa ada Green Revolution di Cina dan di Russia. Kenapa ada peasant demonstrasi di Eropah. Kenapa German anti-Yahudi masa duhulu kala (sebelum perang). Boleh juga sejarah ini di tukar kepada sejarah untuk keamanan atau untuk kemamakmuran sejagat. Inilah yang dikatakan dunia satu bukan sahaja Malaysia 1.
Sejarah mesti ada falsafah dn pengajaran yang tersirat. Tapi sejarah kita penuh cerita perang. Unsur pengajaran tidak diterangkan guru. Misalnya kalau terjadi 13 Mei berapa juta ringgit orang Cina rugi dan berapa juta orang Melayu rugi tidak diterangkan.
Diakhir pelajaran sejarah mestilah terkandung pengajaran yang kita perolehi hasil daripada apa yang terjadi dalam sejarah.
Sebagai contoh di negara Cina mereka attack kaum intelektual di negara gading dahulu kerana mereka ini ahli batu api (propoganda)untuk mengkayakan masyarakat yang sudah pun kaya. Mereka attack maharaja yang hidup mewah. Pengajaran yang dapat kita pelajari hasil dari mempelajari tentang jatuhnya kingdom Maharajah inilah yang kita harus pelajari di mata pelajaran sejarah.
kalau mahu aman jangan ada kasta seperti yang terdapat dalam kaum India.
Kalau mahu aman jangan tinggalkan yang miskin bertambah ramai dan bertambah miskin nanti jadi seperti di Russia, Cina dan Indonesia.
Kalau kita Islam jangan bezakan antara Muhamadiah dengan pengikut Khoumini atau Kurdish atau pun UMNO.
Saya minta semua orang Islam baca kejatuhan Islam di Sepanyol barulah kita bertengkar antara PAS dengan UMNO atau PKR.
Kalau kita fikir kita kuat, jangan perangi mereka yang tak kuat seperti Sultan2 di Sepanyol di kurun 12 hingga 13 kerana ada lagi yang lebih kuat jika Sultan2 tidak bersatu Jadi Jebat. Kalau jadi Jebat habislah Melayu Melaka.
Begitu juga di Sumatra habis raja2 mereka hambat. Tapi kita tak mahu begitu kerana mereka ini perlu untuk menaikkan KDNK. Kalau kita asyik tolong orang miskin dan tak peduli ahli corporat nanti indek KDNK kita akan menurun.
Yang kaya dan ada prestasi perlu juga dibantu supaya mereka dapat mengekspot barangan mereka ke luar negara. Itulah yang saya faham tentang MEB.
Terima kasih
YMDS,
Apabila ahli UMNO balik kampung cuba bayangkan bagaimana merealisaikan cadangan dan menyelesaikan masalah/isu yang dibentangkan.
Ada dua isu yang harus kita fikir bersama.
Yang pertama bagaimana bajet yang baru dibentangkan dapat dimanafaatkan ADUN kawasan Kubu Gajah.
Kemudian kita harus juga berfikir tentang isu yang dibentangkan perwakilan Perak.
Perkara2 ini hendaklah dikupas dan dianalisis ditiap2 cawangan dan hantarkan laporannya ke YAB MB kita.
Mereka yang menghadiri persidangan hendaklah membuat 'road-show' kesemua cawangan untuk menerangkan kepada ahli beberapa konsep yang dinyatakan oleh PM.
Selepas itu saya pohon ketua cawangan atau bahagian yang pandai cakap petani (Kelantan) sahaja yang perlu dihantar ke Galas untuk pergi ke rumah2 berkempen. Yang lain hanya seronok mendengar ceramah tak perlu dibawa kerana orang Kelantan tak tahu cakap mereka.
Kita selalu menghantar delegasi tidak sesuai dengan kehendak sasaran.
Di Sabah pun begitu juga. Hantar mereka yang pernah bekerja di Sabah atau telah berkahwin dengan orang Sabah. Sebab itu kita mesti ada data base yang lengkap untuk memberi semua ahli mendapat peluang yang saksama.
Inilah yang saya maksudkan beri peluang saksama kepada ahli UMNO tapi mereka yang dipilih mestilah kena pada sasaranya.
Saya takut orang yang sama, yang telah dihantar ke Hulu Langat juga di hantar ke Galas. Berilah peluang ahli UMNO yang lain tapi sesui dengan kehendak masyarakat di situ.
Ramai orang Batu Kurau yang telah berkahwin di Sabah dan bekerja di Sabah lebih daripada 5 tahun. Mereka ini kebanyakannya askar dan guru latihan Gaya. Kenalpasti mereka dan hantar berkempen ke Sabah. Asyik2 orang yang sama dihantar, kecualilah mereka boleh mengadakan ceramah.
Saya lihat ramai mereka tak pandai cakap bahasa tempatan di hantar ke sana. Yang boleh, mereka hanya memberi sorak gemuruh sahaja bila mendengar ceramah orang lain, tapi tak boleh berkempen. Kalau begini habislah kiat di sana.
Sekian pendapat saya.
YMDS,
Perwakilan Sabah (Datuk Sri M. Salleh) diperhimpunan UMNO ada menyatakan ramai pemimpin kita pandai berlagak dan berlakun sahaja tapi tidak ramai yang pandai buat kerja atau menrealisasikan apa yang mereka rancang.
Ada juga perwakilan kita yang mengatakan kita asyik berbahas, berseminar, berdailog, merancang dan lain tapi tak buat apa pun selepas itu.
Ada juga komen turun padang tapi padang bola, padang golf dan macam2
padang lagi. Padang tak ikut sasaran maksud beliau.
Dalam kontek LMS perkara ini amat serious. Sebagai contoh YAB MB kita merancang hendak membuat sesuatu kepada pekan Kubu Gajah, Ijok, Batu Kurau dll.
Belum pun perkara ini dimeterikan YAB MB kita merancang pula untuk meningkatkan pembangunan tempat lain. Kita asyik merancang sahaja (retorik) tapi belum satu pun dimulakan pembinaannya seperti interchange Matang Pasir, Jalan Sg. Dengang-Selama, memperluaskan ternakan Pondok Tanjung dan banyak lagi.
Yang paling besar ialah projek pelancongan taman Blum dan Lapangan terbang BRIAH/LUMUT.
Diharap YMDS hendaklah bertindak dan menjalankan audit apa yang dirancangkan disamping kerja2 yang YMDS jalankan sekarang.
Tapi ingat utamakan ADUN Kubu Gajah dan jangan asyik berpolitik ke LARUT sahaja kerana pilihan raya kita sudah hapir tiba. Kalau politik pun ia mesti bertumpu lebih kepada ADUN Kubu Gajah.
Saya sangat puji perwakilan di atas. Sepatutnya ramai lagi perwakilan dapat mengaudit rancangan kerajaan. Kita tak mahu pemimpin tin kosong, cakap berdegar2 tahi sangkut digelegar.
Terima kasih.
YMDS,
Wakil Perak Datuk A. Manaf Hashim dari Bruas ada mencadangkan perkara yang baik (ladang tenaga suria luar bandar) yang harus kita pertimbangkan untuk memajukan cadangan tersebut di kawasan ADUN Kubu Gajah.
Dapat kiranya YMDS mencadangkan supaya beliau menyiapkan kertas proposal/kerja untuk projek ini supaya kita bentangkan di peringkat negeri terlebih dahulu.
Dekat PRU 13 ini kita tak mahu lagi wakil rakyat tin kosong. Kita mahu wakil rakyat yang action oriented dan realistik.
Kalau cakap2 sahaja ramai orang kita yang boleh cakap di depan kedai Abang Akop Kubu Gajah atau kedai selang satu daripada kedai beliau.
Tapi kalau bela 100 ekor lembu mereka biarkan begitu sahaja.
Kalau pasal pandai cakap kalah jual ubat Doktor (selalu pakai baju kot) kita di Kubu Gajah. Kalau orang UMNO ramai yang ada tin kosong sampai bila pun ekuiti 30% tinggal 18%. Inikan pula dipersidangan UMNO ada yang menuntut 60%.
Macam mana parkara ini hendak realistik jika masih ramai Ali Baba. Ali Indon, Ali Ali dikalangan orang Melayu. Dapat kedai di Jalan Chow Kit jadi Ali Indon. Dapat teksi jadi Ali Ali. Dapat kotrakor A jadi Ali Baba.
Saya mohon kepada ahli UMNO sebelum tuntut 60% jalankan audit berapa peratuskah orang Melayu jadi ALI BABA, ALI INDON dan ALI ALI. Kemudian barulah minta 60%.
Sekian untuk pengetahuan YMDS.
YMDS,
Saya tertarik tentang isu yang dibangkitkan oleh wakil PERAK ke Persidangan.
Datuk Samsuddin Abu Hassan.
Saya harap YMDS dapat memberitahu beliau supaya bertindak segera supaya membantu ahli UMNO Perak untuk memahami konsep yang banyak di prkenalkan oleh Perdana Menteri.
Sebelum itu YMDS perlu memberitahu beliau tentang KPI dan NKRA supaya mereka tahu juga untuk menilai kewibawaan dan intergriti wakil rakyat mereka dan semua badan bertindak di peringkat kampung.
Kita tak mahu lagi ketua kampung yang pandai berlakun atau berlagak. Mereka nampak aktif jika wakil rakyat datang atau bila pegawai dari agensi2 kerajaan datang. Walhal pembangunan tak ada.
Kalau ada pembangunan pun balik2 pembangunan yang sama seperti balik pulih surau (nasib baik peruntukan tahun ini dah habis), menaik taraf jalan, beri bantuan untuk kepentingan perseorangan dll.
Misalnya, adakah kerja ketua kampung hanya jadi protokol untuk YMDS sahaja.
Saya lihat duta luar negeri kita ramai yang jadi protokol sahaja. Bila Amerika dan England hentam minyak kelapa sawit semuanya surrender. Saya lihat kelemahan Yasser Arafat sama seperti Duta kita. Tapi jika jadi protokal kita boleh berikan markah 100% untuk KPI.
Sepatutnya jika Pulau batu Putih lesap kita boleh berikan KPInya 0%.
Kalaulah Duta yang kita hantarkan ke luar negara pandai tentang selok belok minyak sawit sudah tentu harganya tidak turun daripada $800 setan.Kalau kita hantar wakil rakyat yang pencen hantarkah mereka yang pandai tentang kelapa sawit dan getah.
Atau pun kita ada tiga setengah juta ahli UMNO takkanlah seorang pun tak pandai tentang kelapa sawit. Kalau tak ada dari UMNO carilah dari MCA dan seterunaya.
Jika KPI mereka hanya menunjukkan jumlah bilangan protokol sahaja yang kita bilang, tak dapatlah kita memajukan ekonomi kita di persada antarabangsa walaupun GLC pandai berniaga, tapi Duta tak pandai mempertahankan produk mereka susahlah negara kita berkembang atau bertambah maju.
UMNO sepatutnya menukarkan minda mereka supaya tidak berebut 'cake' yang ada dengan orang Cina dan India kerana di luar nebara masih ada APAM yang lebih besar dan sedap. Biarlah orang Cina dan India berebut 'cake' Malaysia tapi kita rebut APAM negeri Cina, India, Indonesia, Vietnam, Cambodia dll. Cake Malaysia dah berkulat tapi yang Timor Tengah masih hebat. Apam mereka besar, gebu dan lazat.
Begitu juga maksud turun padang. Kalau tidak ada impak/hasil jangka panjang, viability dll yang diperolehi oleh orang miskin (misalannya), perlulah kita berhentikan mereka yang bertindak untuk meningkatkan ekonomi mereka yang berada dalam gulungan miskin. Sebagai contoh kita mahu orang miskin berdikari bukan asyik menerima bantuan sepanjang hayat mereka. Kalau kita buat begini kita akan menjadi malas seumur hidup.
Apa yang UMNO perlu laksanakan bentuk jawatankaasa bertindak yang di pengurusi oleh Datuk Samsudin Abu Hassan untuk menerangkan apa itu M1. Kita takut mereka hafami M1sebagai Muhyiddin SATU. Banyak lagi konsep2 lain seperti MEB dan Transformasi. Orang macam saya ni memahami MEB dan Transformasi ialah untuk meningkatkan KDNK.
Kalau kita tingkatkan KDNK, yang miskin akan menjadi miskin dan yang kaya akan menjadi kaya disebabkan Ginni Koefisiennya nanti akan masih tinggal dilingkungan 0.46.
Tak tahulah saya. Saya bukan pakar ekonomi. Saya hanya ambil ekonomi di peringkat ijazah pertama. Lepas itu tak ada lagi tentang ekonomi.
Sekian untuk makluman YMDS,
Post a Comment