Template by:
Free Blog Templates

29 October 2010

Kedai kopi




Telah menjadi kebiasaan Saya bersembang di kedai-kedai kopi, bertanya khabar penduduk yang sempat saya temui di pekan Ijok.

Kebanyakan mereka membawa masalah individu yang memerlukan perhatian Saya, umpamanya temuduga kerja, hal ehwal anak sekolah dan melanjutkan ke Universiti serta mengundang majlis perkahwinan anak mereka.

Ramai yang senang sekiranya Wakil Rakyat singgah di kedai-kedai kopi kerana cara itu bagi mereka lebih mesra.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Jika YMDS selalu sembang2 di kedai kopi ramai orang kita dapat gambaran berita yang sahih. Kalau tidak mereka tuduh pemimpin kita banyak yang tak betul. Saya dengar berita ini di kedai kopi juga kerana tiap2 pagi sebelum ke kebun saya singgah di kedai kopi. Balik dari kebun singgah lagi.

Selalunya mereka yang suka mengata pemimpin, tidak dapat mengerjakan apa yang mereka mahu jika mereka pula dilantik jadi pemimpin. Kalau YMDS tak percaya lantiklah mereka jadi pengurusi JKKK. Kalau YMDS tak datang apa pun tak jadi.

Pengelaman saya mereka yang suka mengata orang apabila dilantik menjadi pemimpin, apa pun mereka tak buat atau pun lagi teruk daripada ketua/pemimpin yang sudah2.

Kalau tak silap saya DSDr. Mahathir semasa menjadi Menteri Pendidikan dahulu ada beberapa orang dari universiti Malaya pada masa itu cuba mengatakan ini tak betul dan itu tak betul.

Selepas itu DS Dr. Mahathir menjemput mereka mengantikannya beliau menjadi Menteri Pendidikan, tapi seorang pun tak berani. Akhir2nya mereka balik begitu sahaja.

Itulah berita angin yang saya dengar. Kalau cerita ini hanya dongeng ia mestilah menjadi pengajaran kepada kita. Jangan nak tunjuk pandai kalau tak pandai.
Berilah peluang pada mereka yang betul2 pandai.

Lihat IDR sudahlah. "R" bermaksud merealisakan idea (iaitu simbol I=idea).

Banyak IDEA sudah dicetuskan untuk membangunkan kawasan ADUN Kubu Gajah. Tapi bolehkah ENCIK AMINUDDIN HASHIM, Ketua Eksekutif IDR merealisakinya (R=Realisatinon + results). Sudah tentu kalau kerajaan Federal utamakan Sabah, Sarawak dan Johor, Perak tak akan dapat apa2.

Kalau kita pilih AJK dari elit Melayu atau Cina jadi think-tank/penasihat MB bagi negeri Perak tentulah mereka bangunkan Bandar Ipoh dahulu.

Kalau YMDS tak percaya lihatlah lapangan terbang (IDEA and INSIGHT) yang hendak dibina di Briah (Briah luas hingga ke Pondok Tanjong). Saya tahu kawasan Lumut tak ada tempat lagi.

Sepatutnya warkah saya ini YMDS print dan tunjukkan ke MB dan Dato Chang Ko Youn (Penasihatnya)jangan biarkan di sini sahaja untuk perhiasan.

Sekian untuk makluman YMDS.