28 October 2010
Bantuan ditarik
Melawat Ibu Tunggal, Kamariah binti Ismail, 70 tahun di Kampung Batu 85 yang mengadu bantuan yang diterimanya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditarik balik selepas menerimanya hanya beberapa bulan yang lalu.
Beliau yang tinggal sendirian di rumahnya, merayu agar bantuan itu dapat disambung bagi menggurangkan bebanan yang ditanggungnya.
Sementara itu, Saya juga melaat seorang pemuda OKU, Jambari bin Ahmad, 35 tahun juga menerima nasib yang sama sebagaimana Kamariah.
Masalah mereka ini telah Saya rujuk kepada Pegawai JKM Daerah Larut, Matang dan Selama, Zambery Mohamed untuk tindakan beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Kalau YMDS jumpa hanya pengundi tapi tak 'belanja' pegawai JKM di IPOH, Taiping dan di Selama susahlah sedikit untuk mendapat bantuan dengan segera.
YMDS perlulah juga melobi pihak atasan supaya bantuan senang diperolehi.
Kedudukan (rumah) YMDS amat strategik. Di Ipoh boleh YMDS melobi pegawai atasan yang memegang teraju kewangan.
Di Taiping (dekat Batu Kurau) YMDS bolehlah berjinak2 dengan pegawai JKM, JPS, RISDA, JP, Jabatan Ukur dll badan yang dapat membantu YMDS mengusahakan tanah terbiar.
Di Selama selaulah minum kopi dengan yang mereka di jabatan tanah dll. Bukan korupsi. Tapi tabiat orang kita mereka mahu disanjung, dimuliakan kalau boleh diagong2kan.
Saya melihat kaum SIKH amat berjaya tentang hal ini. Mereka pandai mengambil hati. Kalau kita penoreh getah mereka panggil cikgu. Kalau kita Cikgu mereka panggil Tuan.
Orang Cina belum mulakan cakap lagi sudah belanja rokok dan kopi.
Saya ingat perkara2 sebeginilah yang dapat mempercepatkan pembangunan.
Tapi saya masih hairan kenapa kampung wakil rakyat Kinabatangan dan Jasin lebih maju dari kampung YMDS iaitu Tebing Tinggi. Tapi ketiga2 YB memang hebat dalam parlimen. Inilah yang saya susah hati.
Zaman dulu ada juga wakil rakyat kita jadi EXCO tapi tak ada projek ekonomi seperti yang terdapat di Bandar Sri Iskandar,Manjung atau Bukit Merah yang majukan di Selama.
Perkara inilah yang membuat saya susah hati.
Sekian untuk makluman YMDS
Post a Comment