Template by:
Free Blog Templates

18 October 2010

Pusat Pertanian








Meninjau tapak pusat pemasaran pertanian JKKK Sungai Segar di atas tapak seluas seekar bagi memudahkan para petani dan petaladang tempatan memasarkan hasil usaha mereka.

Petang tadi, bersama Ketua Kampung, Zulkifli Ahmad Saya dibawa melawat dengan lebih dekat tapak yang dicadangkan itu dan mereka mohon sejumlah peruntukan bagi menambak tapak tersebut bagi menggelakan diancam banjir.

Diantara tanaman yang akan diusahakan oleh petani di Sungai Segar ialah pisang sebagai menyahut saranan Kerajaan bagi menggalakan penduduk mempelbagaikan tanaman untuk pendapatan tambahan dan kegunaan harian mereka.

Begitupun, Saya berharap mereka tetap mengutamakan kualiti hasil daripada usaha mereka jika mereka ingin mendapat pasaran yang lebih baik.

Mereka juga harus bersedia untuk bersaing jika mereka ingin maju terus dan sanggup belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang pertanian.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Tapak pusat pemasaran lebih baik dibina berdekatan dengan interchange (jalan susur keluar) yang akan dibina dekat Anak Kurau/ Batu Kurau dan Kubu Gajah/ Selama untuk mengelakkan mereka membeli hasil tanamam lebih murah kerana perjalanan ke pasar adalah agak jauh dan mengambil masa yang panjang.

Kalau dibina di interchange tentulah mereka dapat membeli nenas dan pisang saya lebih mahal lagi kerana tempat tersebut dapat memudahkan produk untuk di bawa ke IPOH, P.Pinang, Kuala Lumpur atau pun diekspot dengan lebih cepat lagi.

Selama dan Bagan Serai membeli 80 sen sekilo dan Batu Kurau $1.20 sekilo pisang emas. Kalau FAMA menetapkan harga lebih baik. Tapi tau2 sajalah. Mereka pun menolong kita untuk menjual tapi bukan mahu meletakkan harga yang kompetitif (maknanya lebih tinggi daripada yang di Batu Kurau.

Sekian untuk pengetahuan YMDS.