Template by:
Free Blog Templates

6 October 2010

Peladang raya










Saya menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan akan memberi keutamaan kawasan luar bandar dalam perlaksanaan dasar ekonomi baru.

Sebahagian besar pendokong utama menentukan kerajaan dalam setiap kali pilihanraya umum atau mana-mana PRK adalah orang luar bandar.

Selaku pengerusi pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau, saya berharap satu kempen menarik kalangan remaja menjadi ahli dapat diadakan tidak lama lagi.

Saya berkata demikian ketika berucap di jamuan hari raya aidilfitri PPK Batu Kurau pagi tadi.

Di majlis itu juga disampaikan sumbangan kepada ahli-ahli unit peladang Batu Kurau yang akan menunaikan Haji tahun ini.

Turut hadir pengarah peladang negeri Perak, Haji Kamarul Badri dan pengurus PPK Batu Kurau, Haji Sabri Zainol.

Kemudian saya menghadiri jamuan raya FELCRA di Tebing Tinggi dan menyampaikan sumbangan raya kepada kanak-kanak.

Dalam ucapan saya menyeru agar perpaduan Ummah diutamakan tanpa mengira kefahaman politik.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya melihat buku kecil perancanan luar bandar keluaran kementerian dan apa yang saya tafsirkan jalan-jalan hanya dibina untuk kepentingan pembangunan sosial.

Oleh yang demikian kami rakyat miskin ramai menjual tanah kepada mereka yang kaya kerana yang kaya ada banyak duit untuk membina jalan leterite untuk mengeluarkan hasil kelapa sawit dan getah.

Manakala kerajaan asyik menaikan taraf jalan kerumah2 dan mengabaikan jalan yang digunakan untuk mengeluarkan hasil.

Oleh kerana yang demikian ramai keluarga saya menjual tanah mereka kepada mereka yang kaya.

Apabila yang kaya membeli tanah yang miskin pindah ke tempat anak mereka. Jadi kampung tersebut menjadi lengang kerana yang kaya bermastutin di Taiping, Parit Buntar dll. Yang kaya tak akan membina rumah mereka di kampung2 di mana mereka membeli tanah.

Cuba YMDS tanya yang kaya kenapa mereka pindah ke bandar. Walhal mereka boleh bina bangelow di kampung dan hanya menumpang rumah teres anak2 mereka di Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dll.

Anonymous said...

YMDS,

Mereka dikalangan orang muda PAS dan UMNO di Tebing Tinggi sangatlah bersatu padu.

Yang Cina pula sampai ada girl-friend Melayu.

Yang kurang bersatu padu ialah mereka yang pertengahan umur yang dulunya kuat menyokong barisan. Yang perempuan tua ramai juga yang kekal memangkah barisan.

Yang paling susah bagi saya ialah untuk mempengaruhi mereka yang mengatakan ada pertalian saudara dengan YMDS. Saya suruh mereka tukar alamat untuk menyokong YMDS di kawasan ADUN Kubu Gajah tapi mereka tak mahu. Saya beritahu mereka mesti menyokong UMNO di tempat majoritinya sedikit. Yang di Taiping pun susah juga untuk meyakinkan mereka. Tapi mereka sangat sensitif kepada perkembangan politik setempat.

Kita tak mahu ada pengundi yang tidak mengundi di tempat sendiri dan ada pula yang kuat kedaerahan fahaman politiknya tapi tak mengundi di daerahnya.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS,

Saya masih berasa persatuan peladang kita bergerak agak perlahan kerana kurang mendapat suntikan dengan vitamin D atau W.

Saya rasa Datuk Hamzah Zainuddin dapat membantunya kerana semasa beliau melawat koperasi RISDA Selama dahulu beliau berhasrat membantu mereka. Munkin mereka yang dibantu bukan penoreh getah tapi jawatan kuasa sahaja.

Masalah koperasi RISDA ialah jawatan kuasanya bukan penoreh getah. Mereka adalah elit kampung. Perkara ini yang melambatkan kemajuan atau pembangunan.

Ramai ahli tak tahu siapa yang betul2 minat menoreh getah jadi mereka undi yang pandai cakap. Kebun getah mereka pun tak ada.

Begitulah keadaan persatuan/pertubuhan/koperasi di kampung2. Saya suruh mereka undi mereka yang ada kebun getah tapi mereka masih undi yang pandai cakap.

Sekian untuk makluman YMDS.