24 October 2010
Diskusi
Ahli-ahli UMNO semua peringkat tidak lagi boleh menoleh kebelakang dalam memantapkan parti menjelang pilihan raya umum ke-13
Hanya dengan bergerak secara berpasukan UMNO menjadi kuat menghadapi lawan.
Saya berkata demikian di program diskusi pemantapan UMNO Dun Batu Kurau, petang tadi di Batu 16.
Seperti kata presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bergerak dalam kumpulan tertentu akan hanya berdepan dengan perpecahan dan akhirnya merugikan UMNO.
Hanya dengan kerap turun ke padang, mendamping ahli dan orang ramai, UMNO akan bertambah kuat.
Di majlis yang turut dihadiri Adun Batu Kurau, Kapt. Datuk Najmuddin Elias, banyak isu dibangkitkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Salah satu daripada isu yang dibangkitkan peserta di persidangan UMNO Malaysia ialah terlalu banyak ahli UMNO yang berdiskusi/berbincang.
Apa yang perlu sekarang ialah kita mesti mengambil tindakan.
Realisasikan apa yang telah dibincangkan di Persidangan bukan balik2 masih berdiskusi tak habis2. Akhirnya macam saya di JB dulu. Tiap2 mesyuarat agong MIC saya lihat di Sekolah Tamil di Jalan Yahya Awal FRU sentiasa siap sedia kerana semua nak jadi pemimpin.
Kalau ADUN Selama dan Batu Kurau juga mahu menjadi Ketua LMS tak tahulah apanak jadi semasa diskusi. Nasib baik cikgu2 di tepat kita tidak berebut2 nak jadi pemimpin Bahagian.
Buat plan tindakan bagi ADUN Kubu
dan teruskan bertindak.
Kalau kita banyak berpolemik akhirnya kita masih teruskan perang psikologi.
Jangan tunjuk pandai kalau impaknya/hasilnya tiada.
Apa yang Datuk Hamzah dan YMDS boleh buat untuk mentranformasi LMS dan menukar minda penduduknya yang penting.
Isu telah dibentang dan diperbahas tapi kita masih berterusan berbahas.
Sekurang2nya mantaulah pembinaan Jalan Lebuh Raya Ipoh-Selama supaya saya boleh pasarkan hasil pengeluaran saya dengan lebih cepat ke Pulau Pinang
Kalau kita rajin tak payah harap kerajaan. Kalau harap kerajaan tentulah MB kita majukan tempatnya/IPOH dahulu. Begitu juga Menteri Pertahanan kita.
Kalau boleh laluan motosikal jangan buat dalam pagar lebuh raya kerana orang yang menggunakannya amat sedikit. Kalau diluar pagar tentulah saya sahaja menggunakannya 6 kali se hari. Encik Musa juga 6 kali. Ghazali anak man tongek juga guna 6 kali dan semua kami akan gunakan 6 kali sehari. Tapi kalau dalam pagar mungkin orang seperti Datuk Samy Vellu sahaja yang menggunaknnya.
Saya mohon keempat-empat wakil rakyat kita jangan asyik mengadakan sessi parlimen sekali lagi di ranting2.
Saya berhenti bekerja kerana ramai orang ego nak tunjuk pandai tapi tanah mereka pun jadi hutan. Orang buat PHD dua tahun mereka yang berlagak buat 5 tahun. Begitulah keadaannya di IPTS dan IPTA. Ramai yang berlakun dan berlagak tapi apa pun mereka tidak hasilkan.
Pelajar saya pun sombong seolah mereka juga berlagak nak jadi Menteri. Tak ingat lagi cikgu mereka.
Saya pening kepala jumpa orang begini. Saya, Hj.Talib dan Encik Musa balik dari kebun hanya dekat maghrib. Malam sahaja kami ada di rumah.
Bagi kami sembang kedai kopi tak main la. Macam orang malas harapkan bantuan kerajaan sahaja baru boleh hidup. Transformasikan minda Melayu. Jangan nafsu kuat tenaga kurang. Hendak jadi pemimpin tapi semua kerja gunakan remote control dan delegasi.
Kalau YMDS lihat,saya hanya menulis di blog YMDS pada waktu tengah malam. Kalau siang saya tulis rugi masa sahaja. YMDS tak akan jumpa kami waktu siang kerana kami ada di kebun.
Saya bukan anti diskusi tapi di dewan undangan sudah banyak diskusi.Raalisasikanlah apa yang didiskusi di Parlimen, masyuarat agong dll.
Sekian. Terima kasih.
Post a Comment