Template by:
Free Blog Templates

4 October 2010

Jamuan Raya
























Sekitar jamuan Hariraya Aidilfitri yang diadakan di DUN Kubu Gajah dan Batu Kurau. Saya sempat menghadiri majlis sambutan Raya anjuran Kemas dan JKKK Felda Ijok yang cukup meriah dengan kehadiran begitu ramai peneroka.

Dalam ucapan, Saya menyeru agar soal perpaduan Ummah dan Melayu diutamakan tanpa mengira kefahaman politik demi menjamin Ketuanan Melayu dan kuasa politik melayu terus kekal di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Jika sayangkan bangsa dan masa depan orang melayu, maka fikirkan lah soal perpaduan ini dan elakan lah perpecahan yang hanya mengundang kerugian yang besar.

Pada majlis itu juga, Saya meresmikan tempat perhentian pengangkutan awam yang dibina berhampiran tapak bazar Ramadan.

Majlis itu turut dihadiri Pengurus Felda Ijok, Razali Dan, Penyelia Kemas Parlimen Larut, Nordin Abu Hassan dan Ketua Kampung, Haji Shukur Jaman.

Saya juga sempat menghadiri jamuan Hariraya di Kampung Bukit Bertam, Batu Kurau anjuran Belia di situ dan menyampaikan hadiah pertandingan Karaoke.

Pada sebelah petangnya pula, Saya menghadiri jamuan Hariraya Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut, Annuar Ariffin di Pekan Batu Kurau.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya fikir patut juga buat rumah terbuka di rumah Encik Nordin Hassan kerana di sini kuat kubu PAS.

Semasa DS Anuar Ibrahim ahli UMNO dulu kami pernah tangkap gambar dengan beliu. Mula2 saya tak mahu kerana nampak sangat macam nak ampu.

Tapi dengan cara bergurau beliau menyindir jurugambar. Beliau menyuruh kami semua tangkap gambar dengan beliau oleh kerana kata beliau nanti kalau beliau tidak lagi jadi wakil rakyat jurugambar tersebut pun tak peduli dengan beliau lagi.

Saya harap mereka yang menjemput YMDS hendaklah ikhlas walaupun YMDS sudah berpencen disatu hari nanti. Boleh juga YMDS sindir secara bergurau senda seperti,"mana wakil rakyat kita yang dulu. Tak jemputkah beliau?"

Saya takut orang Kubu Gajah ni bila kita pencen mereka tak jemput lagi ke rumah mereka. Saya pun mereka jemput apabila terserempak berjumpa tengah jalan atau di kedai kopi.

Bilakah Melayu kita ni nak jemput dengan ikhlas. Tapi saya datang juga. Kebanyakan mereka educated juga tapi tak ikhlas.

Sekian untuk makluman YMDS