26 October 2010
Bantuan rumah
Melawat rumah uzur seorang penoreh getah, Soma Sundram A/L Sellamuthu, 40 tahun di kampung Baru Redang Panjang.
Sundram yang beristeri merayu mendapatkan bantuan sebuah rumah baru.
Masalahnya dia menumpang tanah orang sejak bertahun melalui pihak ketiga tanpa mengetahui siapakah pemiliknya.
Begitupun, saya akan berusaha membantu beliau mendapatkan bantuan tersebut dan berharap beliau bersabar.
Saya akan memninta laporan lengkap daripada ketua kampung berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Nampaknya rumah beliau lebih besar daripada rumah saya.
Umurnya lebih muda daripada saya.
Kita tak boleh bantu orang yang malas dan masih muda.
Saya lihat ada papan rumahnya tak berpaku. YMDS belilah paku gunakan wang YMDS sahaja. Banyak yang kopak kapik. Belikan kepada beliau tukul besi dan papan second hand.
Tak payalah tunggu duit kerajaan untuk membeli alat pertukangan.
Mengikut UNESCO kita bantu mereka bukan dengan bagi duit tapi bagi papan, tukul besi, paku dll.
Rumah bertambah cantik jika di cat dan halamannya pun bersih.
Jika halamannya tidak bersih bermakna penghuni tersebut agak malas sedikit. Adakah kita bantu orang yang malas.
Kita hanya bantu orang miskin yang tak boleh buat kerja dan tak ada anak untuk yang membantu mereka.
Sudah tentu jika saya pegawai JKM tidak akan memberi priority kepada orang susah yang anak mereka tak mengenang jasa.
Yang penting biro politik hendaklah berjumpa anak-anak mereka terlebih dahulu barulah kita bantu mereka.
Kita takut anak mereka masih gagah dan pendapatan lebih seribu tapi tidak peduli ibu bapa mereka.
Sedangkan sekuriti guard orang Nepal pun dapat gaji $1,200 sebulan. Takkanlah anak mereka tak boleh kerja kilang ($800 sebulan)atau jadi sekuriti guard.
Yang sebenarnya ramai anak mereka di KL nak enjoy sebab itu mereka tidak mahu membantu bapa mereka.
Lagi satu ada perangai orang kita habis jual tanah mereka,
kemudian minta bantuan kerajaan selepas itu. Yang kaya pun ada buat demikian. Macam mana YMDS turun padang tidak mengenalpast mereka yang berhak.
Saya pohon kepada YMDS apabila membantu mesti kena sasaranya dan yang berhak.
Kalau tidak saya pun hendak bantuan juga. Begitu juga YMDS juga mahu bantuan kerana asal usul kita orang susah.
Jika bantuan diberikan kepada bukan yang berhak dan tidak kena pada sasarannya semua dasar kerajaan tidak berjaya.
Saya suka YMDS turun padang beri bantuan bukan ikut Ketua Kampung. Kalau saya asyik dengar cakap ketua kampung tentulah kroni mereka yang dapat bantuan. Turun padang tanpa protokol kerana protokol selalu bawa YMDS kepada penyokongnya. Orang Melayu lain tak dapat apa. Begitu juga orang UMNO yang lain.
Saya mohon YMDS baca blog YMDS yang bertajuk 'Sembang'. Ramai orang Ijok mengeloh kerana bantuan tidak sampai kesasaranya. Lagi-lagi orang yang melingkopkan yang dapat bantuan, kononya kata mereka.
Dato'Seri...harap bantu lah apa yg patut...nasihat kan juga ttg kebersihan...x tau la kenape yg susah mcm gini sinonim dgn keadaan yg x cukup bersih...byk dah saya tgk...di parit buntar, tanjung piandang,sg siput, bagan serai, ntah la ..org kita...kesian..
Post a Comment