14 October 2010
Kayu
Saya amat tertarik dengan usaha penduduk di Kampung Teras yang begitu kreativiti yang mengusahakan sisa kayu-kayu balak untuk dijadikan ukiran atau perhiasan rumah.
Mereka menghasilkan kerusi, meja dan tempat duduk dan juga bingkai tingkap bergantung kepada keadaan kayu yang mereka perolehi itu.
Sambutannya setakat ini amat menggalakan. Mereka berkongsi menjalakan usaha itu dan jualannya mencecah beribu ringgit.
Adalah diharapkan pihak Pusat Giat Mara dapat menjadikan bengkel usaha penduduk di Kampung Teras itu sebagai latihan kepada para belia tempatan bagi menggalakan lebih ramai lagi remaja kita berdikari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Yang penting bagi kita ialah bagaimana kerajaan dapat membantu mereka, supaya industri kayu mereka berkembang.
Tony Fernandez pun susah nak pinjam wang pada peringkat awal inikan pula mereka yang mempunyai industri kayu untuk perhiasan dll.
Yang sebenarnya orang kampung tak tahu pinjam wang itulah sebabnya industri kita tak maju.
Bila kerajaan bantu, bantuan tidak menepati sasaran.
Saya sedih melihat bantun kerajaan di Sungai Malau Dalam. Rumah asap pun lebuh dan lain2 jadi besi buruk. Kalau tak percaya cuba tanya pegawai kemas kita. Adakah kerana ia dibina di kawasan PAS.
Kalau bina dekat rumah saya munkin ia brjaya kerana masih ramai yang menoreh getah. Inilah yang saya katakan projek dilaksanakan atas reaktif tapi tidak proaktif.
Binalah di tempat yang ramai penoreh getah. Bukan bina tempat mengikut permohonan JKKK yang tidak menoreh getah.
Bila kita lihat rancangan lebuh raya Ipoh-Selama interchangenya (jalan susur keluar) ada di tiga tempat di kawasan ADUN Kubu Gajah.
Di Anak Kurau, Batu Kurau dan Selama (Kubu Gajah).
Boleh tidak YMDS lobby MB kita untuk melaksanakan projek/kilang asas tani berhampiran dekat ketiga2 interchange supaya barangan tersebut senang di ekspot.
Saya tahu tanah orang Melayu banyak yang diambil.
Saya pohon jika tanah orang Melayu diambil jadikanlah ahli keluarga mereka yang pandai jadi pengarah tapi bukan wakil rakyat atau dari PNB. Orang PNB ni bukan pandai sangat. Bila saya datang mesyuarat tak ada pun orang PNB yang datang. Sebab itu untung ASB kita menurun. Dalam masyuarat saya lihat KWSP yang datang sebab itu keuntungan mereka meningkat. Tabung Haji pun pandai bawa mereka naik haji sahaja tapi tak pandai meningkatkan keuntungan.
Kesimpulannya jangan agak orang kampung tak boleh jadi pengarah.
Boon Siew yang hanya pandai tanda tangan pun mendapat keuntungan Honda berlipat ganda.
Saya lihat kilang yang paling maju ialah kilang tayar dan slipper.
Di kawasan interchange ini juga saya pohon MARDI/perseorangan adakan pusat pengumpulan barangan pertanian untuk di pasarkan.
Saya selalu hantar ke Batu Kurau kerana mereka bayar lebih lagi daripada di Selama. Selama nak untung banyak. Tapi Mardi PUN kadang2 beli murah tapi tak untung kerana pegawainya hanya pandai net-working tapi tak ekspot terus barangan tersebut. Kalau mereka hantar ke hyper-market mana nak untuk banyak. Lebih naik jual pasar malam.
Sepatutnya gred A diekspot, Gred B dihantar ke hyper-market dan Gred C jual sendiri di pasar malam. Majlis hendaklah memberi keutamaan bagi mereka yang menjual hasil tanaman tapi bukan orang tengah.
Lihat sahaja pekan rabu Alor Setar.
Masa zaman dulu kami bawa sayuran yang kami tanam sendiri tapi sekarang mereka yang membelinya dari petani menjualnya balik ke petani yang lain.
Sekian untuk YMDS.
Post a Comment