Template by:
Free Blog Templates

9 October 2010

PAC





Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Negeri Perak hari ini menerima taklimat hasil kajian dua buah Universiti Tempatan.

Taklimat itu disampaikan oleh Pensyarah Kanan, Perakunan, Universiti Utara Malaysia, Rose Shamsiah binti Shamsuddin yang sedang membuat Phd beliau.

Turut sama dalam taklimat itu ialah Profesor, DR Nafsiah Mohamed dari Universiti Teknologi MARA.

Mereka memilih PAC Perak dalam kajian tersebut kerana tertarik dengan tindakan drastiknya menyiapkan laporan audit dari tahun 2002 hingga 2007 dalam dalam tempuh singkat, iaitu setahun.

PAC, menurut kedua-dua mereka adalah sebuah badan yang penting dan tidak boleh dipandang remeh oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan atau mana-mana pihak yang berkaitan.

Selaku Pengerusi PAC Perak, Saya mengucapkan terima kasih diatas pemilihan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri sebagai contoh bagi kajian tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Laporan PAC di buat dalam masa setahun adalah saya anggap sangat baik. Sebenarnya kalau resit2 disimpan dengan baik mungkin laporannya boleh disiapkan dalam masa enam bulan.

YMDS dulu ada membuat komen tentang pengunaan kewangan untuk jamuan di dewan undangan.

Bagaimana keputusannya?


Boleh tidak YMDS masukkan dalam blog ini keputusan sesuatu isu yang berkaitan dengan kawasan ADUN Kubu Gajah jika diketengahkan di dewan undangan negeri PERAK.

Saya rasa kami juga hendak tahu isu kawasan ADUN Kubu Gajah dibentangkan di dewan barulah saya fikir isu turun padang mendapat poin atau marakah KPI.

Ahli Dewan negeri Selama zaman dulu asyik bagi panas tempat duduk dewan sahaja tapi saya harap YMDS lebih serious seperti memperjuangkan iklan rokok dan pemain import FAM hingga YMDS sanggup dikeluarkan. Begitu juga isu TH Plantation Tabung Haji hingga YMDS tidak lagi dipilih menjadi ahli lemnaga. Syabas itulah yang saya panggil Hang Jebat Melayu.

Sekarang YMDS keluarkan isu belanja yang membazir pula. Kalau YAB MB tak pilih pun mungkin YAB PM akan pilih YMDS. Jangan susah hati. Perjuangkan perkara yang betul.

BAGAIMANA ISU kawasan ADUN Kubu Gajah?

Kalau tak ada isu pun YMDS hendaklah memantau projek NCER Pondok Tanjong dan jalan Lebuh Raya
Selama-Ipoh dan yang besar2 di kawasan ADUN Kubu Gajah selain daripada melawat orang sakit dan orang tua2.

Semoga YMDS berjaya mencapai hasrat YMDS dan kerajaan.