Template by:
Free Blog Templates

30 October 2010

Lawat tapak






Bersama Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa, melawat tapak tanah lapang berdekatan dengan bengkel wanita di situ untuk kemudahan orang ramai.

Tapak itu juga disediakan untuk pembinaan sebuah gelanggang futsal oleh Jabatan Belia dan Sukan. Mereka amat berharap projek itu dapat disegerakan, bagi kemudahan para beliau di situ.

Bebebrapa gelanggang futsal telah dibina di DUN Kubu Gajah, tetapi permintaan masih banyak diterima terutama bagi mereka yang tidak mempunyai padang untuk permainan bola sepak.

Adalah diharapkan juga pembesaran padang baru Sekolah Kebangsaan Kampung Yaman dapat dilaksanakan oleh pihak berkenaan supaya belia-belia di situ dapat juga menggunakannya.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya hairan kenapa kerajaan tidak menggalakkan rakyat Malaysia menceburkan diri dalam permainan yang boleh mengkayakan mereka seperti tenis dan golf.

Saya berterima kasih kepada kerajaan sudah mula memberi perhatian dan peluang kepada yang bukan golongan elit mulai berjinak2dengan golf.

Pengelaman saya kalau otak berserabut dan pemarah tak berapa boleh main golf kerana konsentrasi tidak menjurus kepada target kita.

Kumpulun elit ni kadang2 bukan pandai sangat main golf. Mereka berlagak sahaja. Tukang kutip bola golf lagi pandai bermain golf daripada golongan elit.

Saya selalu lihat mereka main golf di Lake View Taiping, Sg. Buloh Country Club dan KL Country Club kadang2 pukul pun banyak tanah yang melambong.

Saya ingat orang kita yang pandai mambajak sawah dan menebas rumput lagi lebih pandai main golf jika digilap.

Saya ingat kita perlu ada padang golf untuk orang miskin (bukan elit) dekat Pondok Tanjong atau di Hutan Simpan antara Rantau Panjang dengan Sg. Dendang Dalam.

Sekarang ni mereka pandai pula pilih orang perempuan kutip bola kerana mereka malu kepada kaum lelaki yang lebih pandai bermain golf. Kalau pukul tak kena taklah malu sangat kerana yang melihat mereka ialah kaum perempuan. Yang perempuan pun ada pakai seluar ketat berbayang2. Saya pun asyik tengok mereka, dan akhirnya lupa melihat orang tua tak pandai main golf bermain

Sekian sekadar memberi tahu apa yang saya lihat. Galakkan mereka yang ada bakat bukan orang yang selalu pukul tanah sahaja yang diberi peluang main golf.