24 October 2010
SPM
Di program selamat pagi Malaysia (SPM) RTM 1 live pagi tadi membincangkan final piala Malaysia musim ini.
Juara bertahan, Negeri Sembilan dan finalis tahun lalu, Kelantan akan berentap 30 oktober ini di Bukit Jalil.
Negeri Sembilan semalam mengenepikan Johor FC 2-0 walaupun ketinggalan 0-1 separah akhir pusingan awal manakala Kelantan menundukkan Kedah 1-0 di gelanggang sendiri.
Di peringkat separuh akhir pertama, kedua-dua pasukan dari pantai timur dan utara itu seri tanpa jaringan.
Saya turut menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan agar berhati-hati di jalan raya dan menjaga mengawal emosi ketika perlaanan bagi menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Kalau ada penuntun baling mercun boleh tidak YMDS beritahu kawan2 YMDS di FAM supaya FRU dapat mengusung mereka keluar.
Kalau orang mengamok rosak kursi wang rakyat yang akan rugi untuk menggantikan kursi yang rosak.
Mereka tak peduli kerana bukan bapa mereka yang menggantikan kursi yang rosak.
Nampaknya sekuriti lembab sangat untuk mengusung mereka keluar. Kalau tidak ia nescaya merebak.
Lepas permainan tamat pun sekuriti mesti buka mata kerana kita berikan gaji kepada mereka untuk mengelakkan peminat bergaduh.
Moga2 di final ini kita menunjukkan peribadi orang Melayu yang sebenar dengan peminat yang boleh mengawal perasaan.
Selamat maju jaya
YMDS,
Macam mana keadaan pasukan negeri Perak. Saya harap YMDS selalulah datang ke padang apabila Perak berlawan dimasa depan. Inilah yang dikatakan yang betul2 turun padang.
Karathu YMDS pun tak nampak lagi.
Selalu orang gila bola masih kelihatan di padang apabila negerinya berlawan.
Kalau YMDS tiada, tentulah sengat Perak kurang berkesan. Team bola Batu Kurau pun tak dapat didengar lagi.
Sekian untuk makluman YMDS
Post a Comment