Template by:
Free Blog Templates

14 October 2010

warga emas





Sudah dua kali, seorang warga emas, Siti binti Abdullah, 100 tahun di Kampung Bukit Nering gagal mendapat sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau yang mengalami sakit tua dan tidak nampak, berharap agar JKM dapat membantu menggurangkan bebanan beliau yang kini tinggal bersama cucu-cucunya, Ramli bin Abu Bakar, 50 tahun yang bekerja kampung.

Menurut seorang lagi cucunya, Che Som binti Ibrahim, 50 tahun ketika Saya ke rumah mereka, sudah dua kali mereka mengajukan permohonan kepada JKM, tetapi hingga kini tiada sebarang jawapan.

Ini diakui sendiri oleh Ketua Kampung Padang Das, Musa Ibrahim yang turut berada di rumah Ramli, ketika saya mengunjunggi mereka.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya pernah mencadangkan kepada yang berwajib untuk menyediakan data base bagi mereka yang miskin, pakar2 UMNO yang ada dan lawyer2 UMNO yang berdaftar tapi mereka asyik menghantar pakar UMNO yang mereka kenal bukan yang dapat menyelesaikan masalah. Begitu juga yang miskin. Mereka masih hantar anak pinak JKKK.

Begitu juga lawyer UMNO. Tiada date base. Jadi kita taka boleh lawan mereka yang menuduh kita membuat penyelewengan.

Kalau kita tak ada lawyer akan lebih ramai lagi orang2 yang menuduh UMNO yang bukan2. Pada masa sekarang kalau ada orang menuduh kita rasuah kita mesti laporkan kepada polis supaya imej kita dibersihkan dan gunakan lawyer2 ini membantu kita.

Begitu juga rakyat miskin. Kita mesti ada data base.

Yang penting sekarang kita jumpa kebajikan masyarakat.

Mungkin data base yang mereka miliki hanya nama2 yang diberikan ketua kampung sahaja atau pun yang mereka kumpul dari tepi jalan sahaja. Saya pernah bekerja sebagai penyelidik. Ramai kawan2 tak suka pilih sampel pedalaman. Mereka hanya suka kawasan yang boleh masuk kenderaan.

Ketua kampung hendaklah aktif. Selalu jumpa pegawai masyarakat untuk mengetahui masalah mereka.

Kelemahan kita ialah kita tahu masalah rakyat tapi kita tak tahu masalah JKM. Kita minta mereka untuk memberikan bantuan sahaja tanpa mengetahui masalah mereka.

Sama seperti orang Sabah yang saya pernah jumpai. Mereka katakan ada banyak bantuan untuk pembangunan luar bandar. Tapi apabila mereka ke Kuala Lumpur ada pegawai kementerian luar bandar yang mengatakan kita tak cukup duit.

Kalau perkara yang berkaitan dengan tanah kita selalu salahkan Jabatan Ukur. Begitu juga Perparitan. Saya pernah hantarkan rayuan ke Jabatan Perparitan dan Tali Air menerangkan kampung kami habis semuanya meninggalkan kampung kerana rumah mereka ditengellami air atau tempat mereka selalu menjadi lawatan ular sawa. Tapi mereka tak jawap pun. Kalau saya jumpa tentulah mereka katakan JPT ada prioriti tersendiri atau pun tiada peruntukan.

Masalah ini tidak akan habis kalau data base kita tidak lengkap dan kewangan tidak mencukupi.

Yang saya sedih PAC pun tak boleh buat apa dari segi kewangan kerana saya rasa mereka hanya memantau tentang pembaziran kewangan tidak membantu kerajaan PERAK dengan menunjukkan siapa yang benar2 hendak dibantu.

Saya nampak di Perak ni ramai yang cuba mengumpul maklumat tapi tidak mengatasi perkara yang berkaitan dengan maklumat yang diperolehi.

Turun padang hanya kumpul masalah tapi tidak atasi masalah. Masalah Selama/Kubu Gajah sama seperti di Sik, Baling, Hulu Kelantan, Pensiangan dll. Tak payah rugi masa untuk kumpul maklumat. Bila saya pergi kampung di Kg Siput di Baling sudah tentu masalahnya sama seperti terdapat di Redang Panjang.
Jadi tindakannya juga sama. Di sana ramai juga penoreh getah tapi harga getah lebih murah daripada di Negeri Sembilan, Pahang dll.

Yang membezakan antara kampung ialah harga pasaran.

Kilang minyak kelapa sawit Kubu Gajah membeli kelapa sawit lebih mahal tapi duitnya hanya boleh didapati dihujung bulan.

Saya mohon YMDS suruh MPOB buat kilang minyak sawit di interchange Batu Kurau, Anak Kurau dan Selama supaya bayaran jualan buah sawit dapat diperolehi serta merta untuk mengatasi masalah sedia ada.

Terima kasih YMDS.