Template by:
Free Blog Templates

8 July 2012

UMNO











Ahli-ahli UMNO diingatkan agar tidaj membelakang bahagian dalam mengadakan program parti.

Mereka sebaliknya harus merujuk kepada bahagian bagi menngelakkan berlaku sebarang salah faham.

Demikian dinyatakan ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis kenduri rakyat anjuran wanita UMNO cawangan batu 20 tengahari tadi.

Turut hadir pegawai KEMAS daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan, ketua kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun, ketua wanita Batu 20 Zainab Awang dan ketua cawangan, Haji Rosli Mat Zain.

Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah menegaskan pentingnya perpaduan diutamakan bagi menjamin kekuatan jentera parti pada pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

Kekuatan parti terletak kepada perpaduan ahli dan kemasukan ahli pembangkang merupakan bonus.

Menjelang sambutan bulan ramadan, beliau menyeru umat Islam mengutamakan ibadah dan aktiviti yang mendatangkan kebaikan.

0 comments: