Template by:
Free Blog Templates

18 July 2012

Untung









Lembaga nenas Malaysia akan membelanjakan RM 20 juta tahun depan untuk tanaman nenas MA 2.

Lembaga nenas tahun ini sahaja membelanjakan sebanyak RM 5 juta bagi menggalakkan tanaman tersebut.

Seramai 12 orang pengusaha nenas dipilih dibawah program tersebut dengan setiap empat hektar tanah menerima bantuan bernilai RM 400,000.

Pekara itu dinyatakan pengerusi lembaga nenas Malaysia, datuk Hasni Mohamed ketika berucap merasmikan mesyuarat agung pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau, pagi tadi.

Turut hadir, pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah.

Beliau yang juga adun Benut menambahkan PPK Batu kUrau akan diberi keutamaan menerima bantuan nenas M2 tahun depan.

Bagaimanapun, katanya geran bagi tanaman nenas biasa ialah RM 2,400 dan para pekebun kecil wajar merebut peluang tersebut.

Hasni menegasan masa depan industri nenas bukan sahaja cerah, tetapi harganya juga lebih baik untuk sesuatu jangka panjang.

0 comments: