Template by:
Free Blog Templates

11 July 2012

Kaum















Kebajikan kaum india di Perak terutama golongan yang tidak mampu tidak pernah diabaikan oleh kerajaan barisan nasional (BN) pimpinan menteri besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sejak BN mengambil alih pentadbiran Perak, sejumlah RM 1 juta peruntukan khas pelajaran untuk keluarga miskin masyarakat india disediakan kerajaan BN Perak.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin B. Raja Haji Omar berkata demikian di majlis sepetang bersama pemimpin di Kubu Gajah, petang tadi.

Seramai 82 orang keluarga di dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah menerima RM 19,700 sumbangan wang pelajaran kerajaan Perak di majlis yang turut dihadiri penasihat menteri besar Perak, Datuk S.Veerasingam di dewan orang ramai.

Beliau juga berkata bahawa satu tapak telah dicadangkan untuk rancangan kampung tersusun 1 Malaysia di satu tapak di Dun Kubu Gajah kepada kerajaan negeri.

Ia sebagai usaha membantu masyarakat yang tidak memiliki tapak rumah termasuk kaum india.

Permohonan telah dimajukan kepada kerajaan negeri untuk kelulusan.

MIC, katanya masih releven sebagai rakan komponen BN dalam membela dan memperjuangkan nasib kaum india di negara ini.

Terdahulu, pengerusi MIC bahagian Larut, K.Thevarajt menegaskan peranan parti itu untuk terus menjadi rakan yang kuat kepada BN.



0 comments: