Template by:
Free Blog Templates

20 July 2012

Puasa













Masyarakat Islam digesa agar memupuk semangat perpaduan dan mengamalkan budaya kemeseraan di sepanjang bulan Ramadan yang akan mula disambut besok (Sabtu) bagi memperkukuhkan lagi perpaduan ummah sebagai benteng ketahanan agama.

Bualan Ramadan merupakan bukan yang suci dan mulia yang harus digunakan untuk amalan dan menjalankan aktiviti yang boleh mendatangkan pahala.

Justeru, semua pihak dan individu dianjurkan mengadakan aktviti yang berasaskan agama selain majlis-majlis berbuka puasa secara beramai-ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar berkata, majlis berbuka puasa beramai-ramai juga boleh mencetuskan semangat perpaduan.

Beliau berkata demikian ketika meraikan kira-kira 200 orang penduduk dan masyarakat islam di Kampung Mesjid, Ijok sambil menyampaikan sumbangan sempena menyambut bulan Ramadan, petang tadi.

Beliau berharap perpaduan Umat Islam di seluruh dunia akan lebih kukuh dan kuat sepanjang bulan yang mulia ini dan mereka yang bersengketa agar insaf dan mengamalkjan budaya berbaIK-baik.

Beliau juga menganjurkan mereka yang berada agar tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka yang tidak mampu seperti ibu-ibu tunggal dan anak yatim.

Turut hadir pegawai KEMAS daerah Larut, Matang dan Selama, Faridah Sailan.


2 comments:

Anonymous said...

Perpaduan susah tercapai jika ada pemimpin mengatakan ia lebih pandai daripada pemimpin lain, dia lebih alim dari pemimpin lain, dia lebih lama dalam parti daripada orang lain..... dan seterusnya.

Yang pentingnya pemimpin mana2 pertubuhan haruslah berundur jika ia hanya pemimpin yang pandai berlakun, cakap berdegar2 tahi.
sangkut digelegar dll.

Pemimpin alim kucing, pemimpin yang tanahnya tidak bersih (cakap tak serupa bikin) dll sepatutnya mengundurkan diri jadi pemimpin.

Anonymous said...

Lagi satu kelemahan pemimpin Islam ialah mereka nak kaut semua jawatan. Kalau boleh kebanyakan Menteri/jawatan yang besar-besar dipilih dari satu keluarga sahaja Kalau begini susahlah orang Islam nak bersatu. Mereka juga mengadakan undang2 supaya orang lain tak boleh jadi pemimpin. Misalnya Perdana Menteri mestilah dari Tok Guru. Tok Sheikh tak boleh jadi Perdana Menteri. Itulah yang saya lihat. Munkin saya salah.

Terima kasih