Template by:
Free Blog Templates

12 July 2012

Felda




















Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengutama program meningkatkan kemajuan pendidikan di luarbandar.

Justeru Ibubapa tidak perlu bimbang dengan system dan kemudahan yang disediakan Kerajaan di kawasan luarbandar.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah mengalu-alukan mana-mana Instiut Pengajian Tinggi untuk mengadakan program bagi memberi kesedaran kepada masyarakat luarbandar.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap meresmikan program bina insan guru Institut Pengajian Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur di FELDA, Ijok, petang tadi.

Turut hadir Timbalan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu, Dr Haji Ali Mahmood, Ketua Jabatan Ko-Kurikulum IPG Kampus Bahasa Melayu, Noor Azuddin bin Mohd Noordin, Pengurus FELDA, Ijok, Haji Shauddin Dat dan Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman.

Beliau menyeru agar Ibubapa di luarbandar tidak merasa rendah diri hanya kerana mereka berada di pendalaman dan anak-anak mereka tidak boleh mencapai kejayaan cemerlang seperti pelajar di Bandar.

Sebaliknya, ramai pelajar di luarbandar yang mampu bersaing dan mengatasi mereka yang berada di Bandar sekalipun tidak memiliki kemudahan yang lengkap.

Program selama empat hari itu melibatkan seramai 122 guru pelatih IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur.

Pelatih IPG Kampus Bahasa Melayu kemudian mengadakan persembahan dikir barat.

0 comments: