Template by:
Free Blog Templates

25 July 2012

Tanah Runtuh










Tanah runtuh yang berlaku di Kampung Bendang Luas dekat Ijok awal pagi tadi mengakibatkan jalan tertutup beberapa jam.

Banyak kenderaan dan pengguna jalan tersebut terkandas samada yang datang dari Ijok menghala ke Redang Panjang atau sebaliknya.

Jalan tersebut bagaimanapun, dibuka semula beberapa jam selepas pihak Jabatan Kerjaraya (JKR) datang membantu membersihkan tanah yang runtuh itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar yang melawat ke tempat berlakunya tanah runtuh itu, pada sebelah petang tadi mendapati jentolak JKR masih bekerja keras membersih kawasan berkenaan.

Beliau berharap pihak JKR mengambil tindakan segera dengan membina penahan atau menjojoi di tempat berkenaan bagi menggelakan kejadian tanah runtuh itu berulang.

Ada yang mendakwa kejadian tanah runtuh itu juga barangkali berpunca daripada tangki air yang berdekatan yang berlaku kebocoran.

Pihak Lembaga Air Daerah juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu untuk mengambil tindakan yang perlu.

Turut hadir ialah Ketua UMNO cawangan Bendang Luas, Rosli Shamsuddin.

1 comments:

Anonymous said...

Saya harap ketua UMNO cawangan Bendang Luas mulai menjawab semua tuduhan yang terdapat dalam ruangan dalam kotak sebelah kiri blogger ini.

Politikus sekarang mesti menjawab isu dalam laman web yang menentang UMNO jika hendak menang PR 13. Kerja ketua bukan macam dulu berjalan di red carpet sahaja kata orang putih.

Sekarang semua pemimpin UMNO mesti perjuang melalui laman web.

Orang Yahudi menang di US kerana semua surat khabar mereka pegang dan lidah pengarangnya sentiasa memperjuangkan hak mereka tanpa disedari orang Nasrani.