Template by:
Free Blog Templates

7 July 2012

UMNO









Umno bahagian Larut akan menyambut lawatan timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Selama pada 12 julai ini dengan kehadiran lebih 10,000 orang.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata timbalan presiden UMNO itu akan disambut secara besar-besaran.

Timbalan perdana menteri akan merasmikan sau program RISDA dan juga pelancaran projek jambatan Sungai Seputeh.

Ini adalah lawatan kali kedua Tan Sri Muhyiddin ke parlimen Larut selepas berada di dewan undangan negeri (DUN) Batu Kurau 17 jun lalu.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah mengadakan perjumpaan dan taklimat khas dengan ketua-ketua cawangan dalam bahagian Larut Selama, petang tadi.

Timbalan ketua UMNO bahagian, Datuk Mohd Daud Yusop, Naib ketua UMNO bahagian, Fauzi Kassim, ketua pemuda, Annuar Ariffin dan ketua wanita, Sawfiah yahya turut hadir di perjumpaan membincangkan lawatan timbalan perdana menteri itu.

Perjumpaan juga membincangkan persiapan jentera pilihanraya parti bagi menghadapi pilihanraya umum (PRU) yang ke 13.

0 comments: